Apakah USD Akan Terus Meningkat?

Apakah USD Akan Terus Meningkat?

Sehingga pertengahan bulan Februari, USD berjaya mencatat prestasi terbaik berbanding matawang G10 yang lain, didorong oleh keyakinan pasaran terhada

Sehingga pertengahan bulan Februari, USD berjaya mencatat prestasi terbaik berbanding matawang G10 yang lain, didorong oleh keyakinan pasaran terhadap ketahanan ekonomi domestik serta menjadi antara pilihan matawang yang lebih selamat.

Walaupun tiada perubahan yang signifikan pada data-data yang terbaru, namun cukup untuk mengesahkan bahawa ekonomi AS masih berkembang dalam suasana outlook ekonomi global dihimpit oleh kebimbangan isu coronavirus.

Jualan runcit meningkat 0.3% pada bulan Januari selari dengan jangkaan, sementara jualan teras yang mengecualikan jualan kenderaan, menurun daripada 0.6% kepada 0.3%.

Bacaan indeks sentimen hasil tinjauan Universiti Michigan pula lebih kuat daripada yang dijangkakan, mengisyaratkan keyakinan pengguna terhadap kedudukan semasa ekonomi.

Fokus bagi dolar pada minggu ini adalah minit mesyuarat FOMC yang akan diterbitkan pada hari Khamis di samping meneliti kenyataan-kenyataan yang akan disampaikan oleh beberapa presiden Federal Reserve menjelang laporan tersebut.

Pada hari Khamis yang lalu, Fed telah mengumumkan untuk mengecilkan fasiliti repo (repurchase agreement) dalam operasi harian pasaran daripada $120 billion kepada $100 billion.

Keputusan ini dibuat sebagai reaksi terhadap tiga operasi yang mana telah menyebabkan ‘oversubscribed’ berikutan pihak bank mencari dana yang lebih murah namun hal ini akan memberi kesan yang positif kepada dolar AS kerana mengurangkan akses kepada matawang yang murah.

Ahli FOMC dijangka akan cuba mengurangkan kebimbangan pasaran terhadap impak virus, sekali gus akan mengukuhkan lagi permintaan dolar.

Selain itu, peningkatan dolar juga dilihat tidak akan terancam dengan perkembangan sektor perumahan dan pembuatan yang akan dikemas kini pada minggu ini.

Namun begitu, dengan lonjakan greenback yang tinggi pada minggu kedua bulan Februari, masih terdapat risiko untuk pasaran berundur melakukan pembetulan harga dalam keadaan uptrend.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: