apple2

Apple Inc, Syarikat AS Pertama Capai Penilaian AS$3 trilion

Apple Inc menjadi syarikat AS pertama yang mencecah nilai pasaran AS$3 trilion (RM12.5 trilion) buat sementara semalam yang mana merupakan demonstrasi terbaru lonjakan pandemik ke atas industri teknologi.

Nilai saham syarikat pembuat telefon pintar iPhone itu telah mencecah rekod tertinggi, didagang sekitar AS$182.88 sesaham sebelum berundur ke paras $182 sesaham.

Pada Ogos 2020 yang lalu, gergasi teknologi itu juga menjadi syarikat AS pertama yang mencecah nilai pasaran AS$2 trilion.

Hal ini kerana pandemik Covid-19 telah mencetuskan permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan elektronik dan digital peribadi, seperti penstriman Apple dan kedai aplikasi telefon pintar yang lain.

Sebagaimana pada Ogos 2018, Apple juga merupakan syarikat Amerika yang pertama mencapai nilai pasaran AS$1 trilion.

05Lonjakan itu turut menandakan pencapaian terbaru Tim Cook, yang telah menjadi ketua eksekutif gergasi teknologi itu pada 2011 sejurus sebelum kematian pengasas bersama syarikat, Steve Jobs.

Walaupun peringkat teratas pasaran saham AS dikuasai oleh syarikat-syarikat di Silicon Valley, Microsoft adalah satu-satunya syarikat Amerika lain yang bernilai lebih daripada AS$2 trilion.

Pada bulan Oktober, Apple melaporkan pendapatan bersih sebanyak AS$20.5 bilion daripada hasil sebanyak AS$83.4 bilion, yang mana merupakan rekod tertinggi bagi suku yang berakhir pada September.

Hasil fiskal 2021 syarikat pula mencacah AS$365.8 bilion, lebih tiga kali ganda berbanding 10 tahun yang lalu.

Bagaimanapun, seperti kebanyakan gergasi teknologi lain, Apple telah mengalami tekanan dalam beberapa bulan kebelakangan ini disebabkan masalah rantaian bekalan, termasuk kekurangan global semikonduktor dan gangguan pembuatan berkaitan Covid di Asia Tenggara.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *