Arab Saudi Turunkan Harga Jualan Minyak Bulan Oktober, Isyarat Kepada Kegoyahan Permintaan Global

Arab Saudi Turunkan Harga Jualan Minyak Bulan Oktober, Isyarat Kepada Kegoyahan Permintaan Global

Minyak meneruskan penyusutan di bawah AS$40 setong selepas Arab Saudi memotong harga bagi jualan minyak bulan Oktober, menunjukkan bahawa pengeksport

Minyak meneruskan penyusutan di bawah AS$40 setong selepas Arab Saudi memotong harga bagi jualan minyak bulan Oktober, menunjukkan bahawa pengeksport terbesar minyak dunia melihat kegoyahan permintaan yang berpunca dari peningkatan kes koronavirus seluruh dunia.

Memetik laporan Bloomberg, Saudi Aramco, pengeluar minyak Saudi telah menurunkan harga minyak mentah gred Arab Light yang lebih besar untuk penghantaran ke pasaran utama di Asia dan AS.

Sehingga jam 8.30 pagi, harga futures minyak AS, WTI jatuh 2.8% kepada AS$39.10 setong selepas mencatat penurunan hampir 4% pada hari Jumaat dengan rekod kerugian mingguan terbesar sejak Jun.

Harga minyak Brent yang menjadi ukuran harga antarabangsa pula susut 80 sen kepada AS$42 setong, menambah kerugian dari penurunan 3.2% pada hari Jumaat lalu.

Pasaran minyak memulakan dagangan pada bulan September dengan nada yang lemah berikutan pemulihan permintaan yang dipandu oleh pemotongan output OPEC dan sekutunya berpotensi diganggu oleh peningkatan kes virus yang baru di sebahagian besar negara di dunia.

Timbalan Menteri Tenaga Rusia, Pavel Sorokin menyebutkan bahawa permintaan minyak mungkin memerlukan sehingga tiga tahun untuk kembali ke tahap pra-wabak.

Namun begitu, Menteri Tenaga Rusia Alexander Novak tetap menjangkakan pemulihan harga kepada AS$50-AS$55 setong pada tahun 2021 berikutan kemajuan vaksin Covid-19 yang telah memicu kepada pemulihan ekonomi.

Fokus pasaran kini beralih kepada outlook jangka pendek dan data bekalan mingguan EIA pada hari Rabu untuk menilai apakah isu lebihan bekalan akan terus menjadi penghalang kepada pengukuhan harga.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: