Artikel 50, Apa Yang Mungkin Akan Terjadi Kepada Pound?

Artikel 50, Apa Yang Mungkin Akan Terjadi Kepada Pound?

(dikemaskini) Esok sekitar jam 9.45 malam waktu Malaysia, Kerajaan UK akan secara rasmi memulakan prosiding kepada pengunduran mereka dari Kesatuan Er

(dikemaskini) Esok sekitar jam 9.45 malam waktu Malaysia, Kerajaan UK akan secara rasmi memulakan prosiding kepada pengunduran mereka dari Kesatuan Eropah, proses yang mungkin bakal memakan masa selama 2 tahun itu. Sementara Menteri Pertama Scotland menyuarakan kepada referendum yang baharu, ramai berpendapat Pound mungkin akan melemah dalam jangka masa terdekat.

Jika May mengambil pendekatan tidak berkonfontasi dan memberi isyarat yang UK masih mahu mengekalkan sikap keterbukaan kepada pekerja dari zon EU, pasaran mungkin akan memberi respon yang positif. Namun jika May terus dengan kehendak populis untuk menyekat migrasi, Pound mungkin sahaja akan terus tenggelam lebih jauh.

Daripada sudut pandangan yang lain, dengan Artikel 50 yang bakal dibentangkan esok, Pound mungkin juga bakal melonjak semula berikutan terdapat pencerahan yang lebih luas terhadap isu yang berlegar-legar buat pada masa ini. Pasaran sudahpun “priced in” dengan sebarang kemungkinan senario terburuk Brexit.

Hala tuju Pound selepas Artikel 50 sudah pastinya akan dipacu oleh perkembangan sekitar proses rundingan dimana sebarang berita negatif boleh menghalang kebangkitan Pound atau mengheretnya terus ke dasar. Ketidakpastian tentang Scotland juga harus diberi perhatian walaupun kemungkinan untuk referendum yang baharu itu nanti hanyalah pada awal 2019.

Antara yang menarik harus kita perhatikan di dalam kandungan Artikel 50 nanti adalah jika terdapatnya pelan tindakan yang lebih jelas kerajaan UK di dalam proses rundingan nanti dan ‘kos bayaran’ yang perlu dijelaskan oleh mereka kepada Kesatuan Eropah. Pada ketika ini, “Hard Brexit” masih menghantui sentimen Pound, dan jika itu tidak diperjelaskan di dalam Artikel 50, Pound bakal berada dalam situasi tidak baik!

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: