AS Bakal Umumkan Tarif Baru, Permintaan USD Akan Melonjak?

AS Bakal Umumkan Tarif Baru, Permintaan USD Akan Melonjak?

Isu-isu perdagangan telah menjejaskan pasaran pasaran kewangan di peringkat global sejak serangan tarif baru AS dikuatkuasakan pada bulan Jun yang lal

Isu-isu perdagangan telah menjejaskan pasaran pasaran kewangan di peringkat global sejak serangan tarif baru AS dikuatkuasakan pada bulan Jun yang lalu.

Masih belum ada maklumat baru berkenaan rundingan semula antara Kanada dan AS yang berlangsung semalam dan tweet Trump dilihat hanya tertumpu kepada buku Bob Woodward berkenaan jawatan presiden.

6 September pula merupakan tarikh terakhir untuk isu penambahan tarif AS ke atas import China berjumlah $200 billion dibahaskan.

Barangan yang diimport oleh China adalah lebih rendah berbanding barangan yang dieksport kepada AS dan negara China telah bertindak melawan dengan menaikkan tarif ke atas produk import AS yang bernilai $60 billion.

Namun hal ini dilihat akan menganggu operasi syarikat-syarikat AS di China. Menurut data makro terkini, aktiviti perniagaan di China mula bergerak lebih perlahan pada bulan Ogos, menunjukkan konflik perdagangan dengan AS telah menekan permintaan pasaran.

Walaupun banyak peluang untuk kedua-dua negara menangguhkan atau bersama dalam satu perjanjian yang baru, tetapi pentadbiran di bawah Trump dilihat lebih cenderung kepada dasar protectionism.

Kecenderungan ini dibimbangi akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi global. Walau apapun, pengenalan tarif ini telah menguatkan lagi sentimen risk-off di dalam pasaran sehingga meningkatakn permintaan safe haven seperti dollar dan yen.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain telah jatuh sebanyak -0.33% ke paras 95.07 semalam, didorong oleh pemulihan matawang pound dan euro.

Namun begitu, paras 95.00 berjaya dipertahankan selama 5 hari dagangan berturut-turut dan kini indeks berada di paras 95.15, naik 0.08% setakat jam 2.10 petang.

Selain daripada mengikuti perkembangan berkaitan isu perdagangan, fokus pelabur pada hari ini juga tertumpu kepada data ADP NFP dan juga perkembangan sektor perkhidmatan melalui hasil tinjauan ISM.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: