AS Dakwa Hartawan Kripto Bankman-Fried Dengan Penipuan Terbesar Dalam Sejarah AS

AS Dakwa Hartawan Kripto Bankman-Fried Dengan Penipuan Terbesar Dalam Sejarah AS

Hartawan kripto Sam Bankman-Fried telah dikenakan pelbagai tuduhan jenayah semalam, didakwa melakukan salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sej

Hartawan kripto Sam Bankman-Fried telah dikenakan pelbagai tuduhan jenayah semalam, didakwa melakukan salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.

Pengasas platform FTX berusia 30 tahun itu, ditahan di Bahamas pada hari Isnin atas arahan kerajaan AS, berdepan dengan pelbagai tuduhan, termasuk daripada pengawal selia pasaran yang mengatakan bahawa Bankman dengan sengaja membina satu organisasi dengan struktur yang lemah.

Tarikh baharu mahkamah Bahamas untuk meneliti permintaan AS bagi sabitan jenayah itu ditetapkan pada 8 Februari, lapor media tempatan.

Memandangkan betapa seriusnya tuduhan itu, penganalisis undang-undang berkata bahawa dakwaan ke atas Bankman-Fried akan menyebabkan dia akan menghabiskan seumur hidupnya dalam penjara.

Hal ini semisal dengan nasib Bernie Madoff yang telah meninggal dunia di penjara AS pada tahun lepas setelah dijatuhi hukuman kerana telah mengendalikan skim Ponzi terbesar dalam sejarah negara.

Pendakwa raya AS berkata Bankman-Fried juga menjalankan pengubahan wang haram, melanggar undang-undang kewangan kempen dan melakukan penipuan telekomunikasi sejak permulaan syarikatnya pada 2019.

“Sukar untuk membandingkan perkara ini, tetapi ini adalah salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika,” kata Peguam AS Damian Williams apabila diminta membandingkan kes itu dengan penipuan Madoff.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: