AS Hentikan Pembuatan Vaksin Covid AstraZeneca Di Baltimore

AS Hentikan Pembuatan Vaksin Covid AstraZeneca Di Baltimore

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada hari Sabtu telah menghentikan operasi kilang Emergent BioSolutions Inc di Bayview, Baltimore yang telah merosakka

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) pada hari Sabtu telah menghentikan operasi kilang Emergent BioSolutions Inc di Bayview, Baltimore yang telah merosakkan 15 juta dos vaksin COVID-19 Johnson & Johnson (J&J).

Arahan tersebut dikeluarkan berikutan laporan yang menyebutkan bahawa bahan asas pembuatan vaksin Covid J&J telah bercampur dengan bahan dari AstraZeneca Plc yang turut menggunakan permis yang sama.

J&J kini akan memikul sepenuhnya tanggungjawab dalam pembuatan vaksin Covid-19 di kilang Bayview, kata syarikat itu.

Mereka juga mengulangi kenyataan bahawa akan memastikan 100 juta dos vaksin dapat diserahkan kepada kerajaan pada akhir Mei ini.

AstraZenec pula kini dilapor akan bekerjasama dengan pihak pentadbiran Presiden Joe Biden bagi mencari kilang alternatif.

Jabatan Kesihatan dan Sumber Manusia AS pula akan mengambil tindakan dalam memastikan kilang Emergent BioSolutions dikhususkan bagi pembuatan vaksin dos tunggal J&J.

Memetik dua Pegawai Kanan Kesihatan Persekutuan, akhbar the Times melaporkan bahawa keputusan tersebut bertujuan mengelakkan kekeliruan pada masa hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: