AS Lulus Lesen Untuk Huawei Beli Cip Bagi Perniagaan Komponen Automotif

AS Lulus Lesen Untuk Huawei Beli Cip Bagi Perniagaan Komponen Automotif

Pentadbiran AS telah meluluskan permohonan lesen bernilai ratusan juta dolar kepada syarikat telekomunikasi China yang disenarai hitam, Huawei untuk

Pentadbiran AS telah meluluskan permohonan lesen bernilai ratusan juta dolar kepada syarikat telekomunikasi China yang disenarai hitam, Huawei untuk membeli cip bagi mengembangkan perniagaan komponen automotif.

Huawei, pembuat peralatan telekomunikasi terbesar di dunia, sebelum ini mengalami sedikit gangguan apabila pentabiran Trump mengenakan sekatan ke atas penjualan cip dan komponen yang digunakan mereka dalam perniagaan telefon dan alatan pintar.

Sekatan itu juga diteruskan oleh Presiden Joe Biden, menyekat eksport kepada Huawei dan menafikan kebenaran untuk menjual cip kepada Huawei yang digunakan dalam atau bersama peranti 5G.

Namun menurut dua sumber tanpa nama kepada Reuters, dalam beberapa bulan terakhir, AS telah memberikan lesen, membenarkan pembekal menjual cip kepada Huawei bagi komponen kenderaan seperti skrin video dan sensor.

Persetujuan itu dilakukan ketika Huawei mengalihkan perniagaannya kepada produk-produk yang kurang terdedah dengan larangan perdagangan di Amerika Syarikat.

Cip automotif kebiasaanya tidak dianggap begitu canggih sehingga lebih mudah untuk memperoleh kelulusan.

Bagaimanapun, Senator Republik, Tom Cotton yang sering dilihat begitu kritikal terhadap Huawei menegaskan, “Satu perkara yang tidak dapat diterima bagi pentadbiran Biden untuk meredakan kempen tekanan terhadap syarikat-syarikat perisik China seperti Huawei.”

Senator Marco Rubio ketika mengulas mengenai laporan itu berkata “ini contoh yang lain, bagaimana Presiden Biden gagal mempertahankan keselamatan dan ekonomi negara”.

Ketika mendapatkan pengesahan mengenai pemberian lesen ini, jurucakap Jabatan Perdagangan As mengatakan bahawa jabatan dilarang mendedahkan kelulusan atau penolakan lesen.

Namun begitu, beliau berkara kerajaan akan terus menerapkan dasar perlesenan yang konsisten “bagi menyekat akses Huawei ke atas komoditi, perisian atau aktiviti teknologi yang dapat membahayakan keselamatan negara dan kepentingan di luar negeri.”

Jurucakap Huawei juga menolak untuk mengulas mengenai isu tersebut sambil menyebutkan bahawa mereka sedang mengatur posisi sebagai penyedia komponen baru untuk kenderaan sambungan pintar bertujuan membantu OEM (pengeluar) kereta membina kenderaan yang lebih baik.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: