AS Tawar Dana Kepada Brazil Bagi Pembelian Peralatan 5G Selain Huawei

AS Tawar Dana Kepada Brazil Bagi Pembelian Peralatan 5G Selain Huawei

Kerajaan AS meningkatkan usaha bagi memastikan Teknologi Huawei China keluar daripada pasaran 5G Brazil dengan menawarkan pembiayaan kepada syarikat

Kerajaan AS meningkatkan usaha bagi memastikan Teknologi Huawei China keluar daripada pasaran 5G Brazil dengan menawarkan pembiayaan kepada syarikat telekomunikasi mereka.

Ketika lawatan ke Brazil, para pegawai daripada Perbadanan Kewangan Pembangunan Antarabangsa (DFC), bank export-import (EXIM) dan Majlis Keselamatan Negara AS mengesahkan bahawa dana tersebut tersedia bagi pembelian peralatan dari pesaing-pesaing Huawei.

Penasihat Keselamatan Negara, Robert O’Brien yang mengetuai delegasi AS telah bertemu Presiden Brazil, Bolsonaro sebelum menghadiri majlis tandatangan memorandum persefahaman¬†(MOU) bank EXIM bernilai AS$1 bilion yang melibatkan kerjasama dalam bidang perniagaan termasuk telekomunikasi 5G.

Mereka menggesa supaya Brazil terus memantau pelaburan dan tindakan dari China yang didakwa ingin mengembangkan pengaruhnya dalam ekonomi terbesar Amerika Latin melalui penjualan teknologi 5G Huawei.

Kedutaan China di Brazil menerusi ciapan Twitter menuduh bahawa AS ingin memonopoli rangkaian dan percaya kebanyakkan negara akan kekal bebas untuk membuat keputusan mereka sendiri.

Wakil Perdagangan AS, Robert Lighthizer berkata perjanjian perdagangan yang dicapai bersama Brazil pada hari Isnin lalu telah membuka laluan bagi rundingan terhadap keluli, etanol dan gula.

Di samping itu, Lighthizer juga melihat perjanjian dengan Brazil akan menggalakkan pelaburan yang lebih besar daripada AS sehingga dapat mengimbangi pengembangan China di sana.

“Saya ingin mengatakan dengan jelas bahawa terdapatnya unsur China pada setiap tindakan kami”, jelas Lighthizer dalam sebuah acara anjuran Dewan Perniagaan AS.

“China telah membuat satu langkah yang sangat penting di Brazil. Mereka adalah rakan dagang terbesar Brazil, dan hal ini membimbangkan kami.”, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: