russia-swift-banned

AS, UK, Eropah & Kanada Akan Menyekat Akses SWIFT Ke Atas Beberapa Bank Rusia

Negara-negara Barat semalam sekali lagi bersetuju untuk menambah sekatan kewangan baharu terhadap Rusia susulan pencerobohan mereka ke atas Ukraine, termasuk dengan mengeluarkan beberapa bank Rusia daripada sistem antara bank, SWIFT.

Dalam satu kenyataan bersama, White House berkata kumpulan kuasa beasr dunia “bersetuju untuk terus mengenakan tekanan ke atas Rusia yang mana akan mengasingkan Rusia daripada sistem kewangan antarabangsa dan ekonomi kita.”

Dengan tentera Ukraine sedang menentang kemaraan Rusia, penguasa-penguasa Barat berkata terdapat minat yang jelas untuk memastikan Presiden Rusia Vladimir Putin merasai sendiri akibat buruk daripada pencerobohan itu.

Bagi mencapai matalamat itu, antara langkah utama adalah dengan “memastikan bank-bank Rusia dikeluarkan daripada sistem pemesejan SWIFT,” kata White House, Suruhanjaya EU, Perancis, Jerman, Itali, UK dan Kanada.

Sistem pemesejan SWIFT membolehkan bank berkomunikasi dengan pantas dan selamat tentang transaksi, dan mengeluarkan Rusia daripada senarai akan melumpuhkan perdagangannya dengan kebanyakan negara.

Bank-bank yang terjejas oleh langkah-langkah baharu itu adalah “semua yang telah pun disekat oleh komuniti antarabangsa, serta institusi lain, jika perlu,” kata jurucakap kerajaan Jerman dalam satu kenyataan.

“Ini bertujuan untuk memotong institusi ini daripada aliran kewangan antarabangsa, yang akan menyekat operasi global mereka secara besar-besaran,” tambahnya.

Pihak sekutu Barat juga bersetuju untuk mengenakan langkah-langkah sekatan bagi menghalang bank pusat Rusia “daripada menggunakan simpanan antarabangsanya dengan cara yang mudah berikutan kesan sekatan kami,” kata kenyataan bersama itu.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *