AS Umumkan Pertuduhan Jenayah Ke Atas Huawei Technologies

AS Umumkan Pertuduhan Jenayah Ke Atas Huawei Technologies

Amerika Syarikat pada hari Isnin lalu telah mengumumkan satu pertuduhan jenayah ke atas syarikat China, Huawei Technologies. Kenyataan ini telah m

Amerika Syarikat pada hari Isnin lalu telah mengumumkan satu pertuduhan jenayah ke atas syarikat China, Huawei Technologies.

Kenyataan ini telah mengeruhkan konflik dan perbalahan yang sedang berlaku dengan syarikat pembuat alatan telekomunikasi terbesar dunia.

Jabatan Kehakiman AS mengeluarkan kertas dakwaan ke atas Huawei dan Ketua Pegawai Kewangannya Meng Wanzhou kerana telah bersama merancang untuk melanggar sekatan yang dikenakan oleh AS ke atas Iran.

Mereka didakwa telah menjalankan satu bentuk perniagaan bersama Tehran menerusi anak syarikat yang cuba disembunyikan.

Meng merupakan anak perempuan kepada pengasas Huawei dan telah ditangkap di Vancouver pada 1 Disember yang lalu.

Hasil penangkapan tersebut, Amerika Syarikat telah memohon untuk Meng diekstradiksi ke negara mereka bagi tujuan perbicaraan.

Isu ini dilihat telah menekan prospek untuk termetarainya perjanjian perdangan AS-China berikutan para pelabur kini sedang meneliti sesi rundingan terbaru yang bakal berlangsung pada hari Rabu dan Khamis.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: