blackrock 1

Aset BlackRock Cecah AS$11.48 Trilion, ETF dan Produk Pendapatan Tetap Jadi Tumpuan

BlackRock, pengurus aset terbesar dunia, mencapai rekod baharu dalam aset pengurusannya, mencecah AS$11.48 trilion pada suku ketiga 2024.

Peningkatan ini dipacu oleh aliran masuk dana besar ke dalam produk Exchange-Traded Fund (ETF) dan pengukuhan pasaran saham. Indeks S&P 500 naik 5.4%, manakala MSCI global meningkat 6.2%, menunjukkan keyakinan pelabur terhadap pemulihan ekonomi global, dibantu oleh data inflasi yang positif.

Pada suku ketiga, aliran masuk dana bersih BlackRock mencecah rekod AS$221.18 bilion, dengan AS$97.41 bilion dilaburkan dalam ETF dan AS$62.74 bilion ke produk pendapatan tetap.

Hal Ini menunjukkan pelabur kembali kepada aset berisiko selepas peningkatan kadar faedah yang menggalakkan pelaburan dalam aset selamat.

Keuntungan bersih BlackRock turut meningkat kepada AS$1.63 bilion, atau AS$10.90 sesaham, berbanding AS$1.60 bilion tahun sebelumnya.

Saham syarikat meningkat 18% pada 2024, sedikit di belakang S&P 500 yang naik 21%. Pelonggaran dasar monetari oleh Rizab Persekutuan AS memberi prospek cerah kepada pengurus aset seperti BlackRock, kerana dana besar mula kembali ke pasaran.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *