Asia: Aussie Hampir Tidak Berubah, Kiwi Menguat Sedikit

Asia: Aussie Hampir Tidak Berubah, Kiwi Menguat Sedikit

Dolar Australia diniagakan hampir tidak berubah berbanding Dolar Amerika, manakala Dolar New Zealand mengukuh sedikit. Ini mungkin disebabkan sedikit

Dolar Australia diniagakan hampir tidak berubah berbanding Dolar Amerika, manakala Dolar New Zealand mengukuh sedikit. Ini mungkin disebabkan sedikit kebimbangan berikutan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia yang telah dikeluarkan IMF semalam.

 

Pasangan mata wang AUDUSD diniagakan dalam lingkungan harga 0.7507 turun naik sedikit sahaja. NZDUSD pula mencatat kenaikan tertinggi pada harga lingkungan 0.7065 peningkatan 0.14%. Semalam IMF telah menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi dunia kepada 3.1% daripada 3.2% untuk tahun ini. Manakala unjuran bagi tahun 2017 diletakkan pada paras 3.4%.

 

Adakah harga NZDUSD akan merosot pula? Bagaimana dengan AUDUSD? Biarlah harga-harga di pasaran yang menentukan. Wallahuallam

 

Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: