WXY-Correction-7-13

AUD/JPY WXY Correction

Gelombang Elliott Wave untuk pasangan matawang AUD/JPY kini berada didalam fasa pengunduran pasaran setelah melakukan 3 gelombang penurunan dari puncak 21 Oktober yang berakhir pada paras rendah 87.00.

Naik dari paras rendah 20 Disember, harga dicadangkan telah selesai gelombang (A) of (W) pada puncak 91.05. Manakala gelombang ( B ) of (W) selesai pada paras rendah 87.41 dan seterusnya mengakhiri gelombang (W) pada puncak 91.80.

Gelombang (X) pula selesai pada paras rendah 88.10 dengan struktur dalaman terbentuk sebagai Flat Correction ABC. Ketika ini harga akan mendaki didalam 3 gelombang untuk paras harga tinggi baru diatas 91.91 dan menyelesaikan seluruh struktur WXY Corrective Wave ini. Selagi harga kekal berada dibawah puncak 13 September, harga dijangka masih untuk melakukan penurunan untuk 3 gelombang lagi.

Disclaimer: Analisa ini hanya berdasarkan potensi dan kebarangkalian yang mungkin/boleh berlaku. Saya tidak bertanggungjawab atas kerugian berdasarkan analisa ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *