AUD/USD Bangkit, Kadar Faedah Negatif Berkemungkinan Besar Tidak Akan Berlaku

AUD/USD Bangkit, Kadar Faedah Negatif Berkemungkinan Besar Tidak Akan Berlaku

Pasangan matawang AUD/USD mengalami penyusutan selepas Rizab Bank Australia (RBA) sekali lagi menurunkan kadar faedah sebanyak 15 mata asas kepada 0.

Pasangan matawang AUD/USD mengalami penyusutan selepas Rizab Bank Australia (RBA) sekali lagi menurunkan kadar faedah sebanyak 15 mata asas kepada 0.1%, paras terendah di dalam sejarah.

Selain itu, bank pusat juga akan mengembangkan program pembelian bon sebanyak $100 bilion AUD bagi membantu ekonomi yang terjejas akibat krisis Covid-19.

Walau bagaimanapun, penyusutan AUD/USD tidak bertahan lama apabila kembali melonjak lebih 80 pips ke paras 0.7110 pada sesi dagangan Eropah.

Hal ini kerana ‘priced in’ terhadap jangkaan rate cut RBA telah dilakukan oleh kebanyakkan pelabur, menjadikan reaksi kejatuhan hanya bersifat sementara.

Tambahan pula, kenyataan Gabenor RBA Philip Lowe turut membantu menghadkan kejatuhan tersebut apabila mengisyaratkan bahawa ‘kadar faedah negatif’ berkemungkinan besar tidak akan berlaku.

Walaupun kadar faedah dijangka tidak akan dinaikkan sekurang-kurangnya sehingga tahun 2024, namun Lowe tetap melihat menurunkan kadar faedah ke zon negatif hanya memberikan manfaat yang kecil.

Oleh itu, bagi menambahkan ransangan di masa hadapan, bank pusat akan lebih menumpukan kepada program pembelian bon atau alat-alat dasar yang lain.

Fokus pasaran kini kembali tertumpu kepada keputusan pilihan raya AS, yang mana Trump dilihat masih mampu mengekang kebangkitan ‘gelombang biru’ (demokrat) untuk menguasai kedua-dua dewan perundangan, Senat dan Perwakilan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: