AUD/USD Berjaya Padamkan Bearish Gap Mingguan, Namun Gagal Melepasi Garisan Psikologi $0.70

AUD/USD Berjaya Padamkan Bearish Gap Mingguan, Namun Gagal Melepasi Garisan Psikologi $0.70

AUD/USD berjaya menutup kembali bearsih gap mingguan yang terbentuk pada hari ini yang telah membawa harga susut ke paras terendah empat bulan yang l

AUD/USD berjaya menutup kembali bearsih gap mingguan yang terbentuk pada hari ini yang telah membawa harga susut ke paras terendah empat bulan yang lalu.

Dalam keadaan para pelabur masih bimbang dengan data pertumbuhan gaji AS yang dikeluarkan pada hari Jumaat lalu, akan tetapi optimis terhadap rundingan perdagangan AS-China yang semakin hilang telah memicu permintaan yang tinggi terhadap matawang safe haven seperti dollar.

Sebagaimana yang ditulis pada artikel lalu, Presiden Trump menerusi Twitter sekali lagi mengancam China untuk menambah tarif bernilai $200 billion dan turut menekan mereka untuk segera mendapatkan perjanjian perdagangan.

Selain daripada isu berkaitan rundingan perdagangan, spekulasi bahawa RBA akan memotong kadar faedahnya turut menambahkan lagi kerunsingan ke atas pembeli Aussie sehingga mengakibatkan gap bearish yang besar pada hari ini.

AUD/USD keluar daripada paras terendah 0.69763, namun kekal di bawah garisan psikologi 0.70, susut 0.47% dan didagang sekitar 0.6990 setakat jam 4.10 petang.

Penurunan matawng ini walau bagaimanapun terhad dengan laporan PMI Perkhidmatan Caixin China yang lebih baik dan para pelabur dalam keadaan berhati-hati menghadapi keputusan RBA yang akan diumumkan pada hari Selasa.

Tanpa sebarang data ekonomi utama daripada AS, tajuk berkaitan perdagangan dilihat akan terus menjadi kunci yang akan membentuk momentum sebelum diterbitkan laporan-laporan utama pada hari esok.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: