AUD/USD Berpotensi Menguji $0.7300, Disokong Oleh Kekuatan Sektor Pekerjaan Australia

AUD/USD Berpotensi Menguji $0.7300, Disokong Oleh Kekuatan Sektor Pekerjaan Australia

Pasaran buruh yang kukuh bukanlah perkara yang baru buat Australia, namun kekuatan yang berterusan membantu pembeli-pembeli Aussie untuk kekal di dala

Pasaran buruh yang kukuh bukanlah perkara yang baru buat Australia, namun kekuatan yang berterusan membantu pembeli-pembeli Aussie untuk kekal di dalam pasaran.

RBA juga menggunakan kestabilan sektor pekerjaan sebagai alasan untuk mengalih perhatian para pelabur daripada dasar kewangan yang tidak berubah sejak dua tahun yang lalu.

Namun begitu, penambahan 32,800 pekerjaan pada bulan Oktober dan penurunan kadar pengangguran yang melebihi jangkaan tetap memberi dorongan kepada AUD untuk bangkit pada hari Khamis.

Walaupun perkembangan positif sektor pekerjaan berkemungkinan memberi impak yang terhad, tetapi lonjakan harga untuk tempoh masa terdekat tidak mustahil.

Perbezaan antara dasar kewangan turut menjadi faktor yang memberi kesan kepada aliran keluar masuk matawang dan menghadkan peningkatan AUD/USD

Tambahan pula, prestasi matawang aussie kekal terlemah berbanding kesemua matawang utama duina sepanjang tahun ini.

AUD/USD kini didagang sekitar 0.7247, naik 43 pips atau 0.59% setakat jam 12.35 tengahhari dan berpotensi menunju resistance sekitar harga 0.7305

Walau bagaimanapun, jika bullish momentum belum berjaya memecahkan harga 0.7315, AUD/USD dilihat sukar untuk meneruskan peningkatan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: