AUD/USD Ditekan, Sentimen Risiko Terus Mempengaruhi Pergerakan Pertukaran Matawang

AUD/USD Ditekan, Sentimen Risiko Terus Mempengaruhi Pergerakan Pertukaran Matawang

Pasangan matawang AUD/USD meneruskan momentum bearish yang terbentuk pada hari Rabu, mencatat pergerakan negatif selama enam daripada tujuh hari daga

Pasangan matawang AUD/USD meneruskan momentum bearish yang terbentuk pada hari Rabu, mencatat pergerakan negatif selama enam daripada tujuh hari dagangan apabila dikecewakan oleh data terbaru Private Capital Expenditure (Capex) Aussie pada hari Khamis.

Kadar perbelanjaan Capex pada Q3 dilaporkan jatuh lebih rendah daripada jangkaan ke paras -0.2%, mengakibat AUD/USD sehingga jam 6.55 petang telah berundur ke paras terendah enam minggu lalu, bertemu support dipertengahan harga 0.6700.

Kelemahan data-data domestik menguatkan lagi prospek untuk RBA memperkenalkan dasar yang lebih longgar dimasa hadapan, sekali gus melemahkan sentimen para pelabur Australia.

Tambahan pula, optimis terhadap perjanjian perdagangan AS-China kini terganggu apabila Presiden Trump akhirnya menandatangani dua bill undang-undang baru yang dilihat cenderung kepada pihak penunjuk perasaan pro-demokrasi di Hong Kong.

Tindakan tersebut berpotensi menggugat kemajuan rundingan yang sedang berlangsung dan dikatakan menghampiri peringkat terakhir.

Kebimbangan para pelabur terbukti dengan pengunduran pasaran-pasaran saham serta matawang AUD yang menjadi proksi kepada China.

Namun begitu, dinamik pergerakan dollar yang perlahan berikutan penutupan pasaran AS masih berjaya menghadkan kerugian yang lebih besar ke atas pasangan matawang AUD/USD.

Pasaran AS pada hari Khamis ditutup sempena sambutan Thanksgiving dan hanya dibuka separuh hari pada hari Jumaat.

Oleh itu tajuk-tajuk berkaitan perdagangan dilihat akan terus memberi pengaruh langsung kepada sentimen pasaran secara menyeluruh serta berpotensi memicu peluang-peluang dagangan bagi matawang-matawang berisiko seperti Aussie.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: