AUD/USD Hadapi Cabaran Untuk Terus Maju Ke Paras Lebih Tinggi

AUD/USD Hadapi Cabaran Untuk Terus Maju Ke Paras Lebih Tinggi

Laporan KDNK Q1 Australia yang lebih baik daripada ramalan telah meningkatkan permintaan Aussie (AUD) pada hari Rabu dengan menolak AUD/USD naik lebih

Laporan KDNK Q1 Australia yang lebih baik daripada ramalan telah meningkatkan permintaan Aussie (AUD) pada hari Rabu dengan menolak AUD/USD naik lebih 50 pips dan semakin jauh daripada paras terendah 0.7412 yang direkodkan awal bulan Mei yang lalu.

Namun pada sesi dagangan Asia hari Khamis, AUD/USD mula berundur daripada paras tertinggi bulanan dan kini didagang sekitar harga 0.7655, susut 0.18%  pada jam 10.40 pagi, didorong oleh laporan imbangan perdagangan yang mengecewakan.

Angka Imbangan Perdagangan Austrlia bagi bulan April memaparkan lebihan yang lebih kecil daripada jangkaan iaitu sekitar AU$977 billion.

Tambahan pula, data kaji semula lebihan perdagangan pada bulan Mac yang meningkat kepada AU$1.731 billion telah membesarkan lagi jurang perbezaan dengan laporan yang dikeluarkan pada bulan April.

Angka perdagangan tersebut diterbitkan selepas laporan prestasi syarikat pembinaan Australia melalui bacaan indeks pembinaan AIG bagi bulan Mei yang dikeluarkan pada jam 6.30 pagi, jatuh daripada 55.4 mata kepada 54.0.

Kelemahan data-data di atas terutamanya data perdagangan telah menyebabkan pelabur mula bertukar arah pada sesi dagagan Asia hari Khamis. Kini bullish AUD/USD berhadapan dengan cabaran untuk mengekalkan momentum tersebut.

Antara paras teknikal support yang penting berada sekitar paras 0.7620 (S1) dan 0.7590 (S2). Manakala resistance terhampir berada sekitar harga 0.7700 (R1) dan 0.7740 (R2).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: