AUD/USD Jatuh Dengan Kelemahan Data China

AUD/USD Jatuh Dengan Kelemahan Data China

Pasangan matawang AUD/USD menuju ke paras yang lebih rendah pada hari Jumaat, didorong oleh kejatuhan pengeluaran industri dan jualan runcit di China.

Pasangan matawang AUD/USD menuju ke paras yang lebih rendah pada hari Jumaat, didorong oleh kejatuhan pengeluaran industri dan jualan runcit di China.

Data yang diterbikan pada jam 10 pagi menunjukkan kadar jualan runcit di China (YoY) bagi bulan November menyusut lebih rendah berbanding ramalan ke paras 8.1%

Selain itu, pengeluaran industri China pada bulan lepas juga menunjukkan penurunan yang tidak dijangkakan, jatuh daripada 5.9% kepada 5.4%.

Australia sebagai proksi terbesar China kembali berada di bawah risk aversion berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi China yang masih berhadapan risiko kelembapan akibat konflik perdagangan bersama AS.

Penurunan walau bagaimanapun terhad berikutan pelabur masih meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat konflik AS-China ini diselesaikan sebelum 1 Mac 2019.

AUD/USD kini didagang sekitar zon support, jatuh 0.54% ke paras 0.7188 setakat jam 2.30 petang.

Secara teknikal, resistance terhampir berada di paras 0.7250 sementara zon support kekal di antara 0.7190 dan 0.7165.

Newer Post
Older Post

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: