AUD/USD Jatuh Menguji $0.6500 Menjelang Keputusan RBA

AUD/USD Jatuh Menguji $0.6500 Menjelang Keputusan RBA

Bank Pusat Australia (RBA) dijangka mengumumkan keputusan dasar kewangan mereka yang pertama dengan memasukkan sepenuhnya isu coronavirus (COVID-19)

Bank Pusat Australia (RBA) dijangka mengumumkan keputusan dasar kewangan mereka yang pertama dengan memasukkan sepenuhnya isu coronavirus (COVID-19) di dalam pertimbangan.

RBA dijangka tidak akan mengubah polisi semasa, namun spekulasi negara G7 meningkatkan harapan untuk melihat ‘rate cut’ diumumkan oleh bank pusat.

Namun begitu, kenyataan PM Australia Morrison melemahkan harapan tersebut apabila mengatakan bahawa negara lebih cenderung untuk mengambil tindakan fiskal berbanding polisi kewangan.

Dalam keadaan kesemua pilihan masih terbuka serta pandangan berbeza di kalangan ahli ekonomi, keputusan dasar kewangan RBA pada jam 10.30 malam menjadi tumpuan utama.

Berlatar belakangkan ransangan di peringkat global, tanpa pemotongan kadar faedah RBA, AUD/USD dijangka meningkat untuk jangka masa pendek.

Kenyataan bank pusat yang hawkish juga diperlukan untuk meyokong peningkatan tersebut, namun jika ahli RBA melihat risiko ke atas ekonomi, AUD/USD berpotensi jatuh ke paras 0.6430.

Jika ransangan fiskal dapat menyelamatkan bank pusat daripada menurunkan kadar faedah, pembetulan AUD/USD berpotensi naik ke paras 0.6660.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: