AUD/USD: Ketidaktentuan Outlook Ekonomi RBA Tidak Menjejaskan Aussie Pada Hari Selasa

AUD/USD: Ketidaktentuan Outlook Ekonomi RBA Tidak Menjejaskan Aussie Pada Hari Selasa

Minit Mesyuarat Dasar Rizab Bank Australia (RBA) bagi bulan Mac serta data perumahan yang lebih rendah daripada jangkaan selepas minit gagal memberi

Minit Mesyuarat Dasar Rizab Bank Australia (RBA) bagi bulan Mac serta data perumahan yang lebih rendah daripada jangkaan selepas minit gagal memberi tekanan kepada dollar Aussie (AUD).

Minit RBA menunjukkan ketidaktentuan yang signifikan apabila membuka ruang bagi memilih mana-mana arah untuk mengubah dasar kewangan mereka di masa hadapan dengan bergantung kepada data-data terkini.

Walaupun isu permintaan domestik dilihat telah menekan outlook ekonomi, namun bank pusat tidak menjangkakan sebarang perubahan terhadap dasar kewangan di dalam masa yang terdekat.

Mereka juga menjelaskan bahawa terdapatnya kemungkinan untuk berlakunya keseimbangan ke atas peratusan menaikkan kadar faedah atau memotong kadar faedah.

Indeks harga rumah Australia pula jatuh -2.4% dalam unjuran suku tahun ke suku tahun (QoQ), lebih rendah berbanding jangkaan -2.0%.

Angka perumahan walau bagaimanapun tidak memberi kesan yang besar kepada Aussie namun tetap menambahkan kebimbangan RBA terhadap kelembapan bagi pelaburan jangka masa pendek.

Secara keseluruhan, kejutan kecil daripada nada hawkish dan dovish RBA telah mendorong AUD/USD meneruskan pemulihan pada hari Selasa, didagang sekitar 0.7111, naik 0.13% setakat jam 9.55 pagi.

Pasangan matawang ini telah berada di dalam mode pemulihan sejak hari Jumaat yang lalu apabila permintaan Aussie meningkat selepas penolakan no-deal Brexit di parlimen UK serta peningkatan potensi berlakunya penangguhan pada tarikh peralihan 29 Mac memulihkan sentimen pasaran.

Dengan berlatar belakangkan isu Brexit, rundingan perdagangan AS-China dan mesyuarat FOMC pada minggu ini, perubahan sentimen pelabur akan terus menjadi tumpuan bagi menentukan pergerakan pasaran.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: