AUD/USD: Laporan NAB Menghumban Aussie Jatuh Berbanding Dollar

AUD/USD: Laporan NAB Menghumban Aussie Jatuh Berbanding Dollar

Pada awal sesi pasaran Asia, Aussie didagang tinggi didorong oleh penambahan 21,600 pekerjaan ke dalam ekonomi pada bulan Disember yang melepasi jang

Pada awal sesi pasaran Asia, Aussie didagang tinggi didorong oleh penambahan 21,600 pekerjaan ke dalam ekonomi pada bulan Disember yang melepasi jangkaan 18,000 pekerjaan.

Momentum bullish walau bagaimanapun gagal mengambil manfaat daripada data yang lebih baik ini berikutan keluarnya laporan yang mengatakan bahawa National Australia Bank (NAB) akan menaikkan kadar faedah bagi pinjaman rumah.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh NAB, mereka akan menaikkan penyelarasan kadar gadai janji bolehubah ke atas pokok dan kadar faedah (P&I) pelanggan sebanyak 12 mata asas kepada 5.36%.

NAB merupakan satu-satunya bank daripada empat bank terbesar di Australia yang tidak menaikkan kadar gadai janji pada bulan September lalu.

Penyelarasan kadar gadai janji bolehubah semasa di Bank Commonwealth, Westpac dan ANZ masing-masing berada di paras 5.37%, 5.38% dan 5.36%

Laporan ini sekali gus menghumban aussie kerana rate hike adalah berita yang buruk kepada hutang isi rumah negara. AUD/USD sehingga jam 2.35 petang didagang sekitar paras 0.7106, susut 0.5%.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang pula mendatar di paras 96.11 mata kerana para pelabur masih dalam keadaan berhati-hati menghadapi penutupan kerajaan AS serta isu kelembapan pertumbuhan ekonomi global.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: