AUD/USD Mulakan Dagangan Minggu Ini Dengan Nada Yang Positif

AUD/USD Mulakan Dagangan Minggu Ini Dengan Nada Yang Positif

Sentimen terhadap isu perjanjian perdagangan yang semakin baik serta laporan S&P terhadap ekonomi Australia yang positif telah memulihkan permint

Sentimen terhadap isu perjanjian perdagangan yang semakin baik serta laporan S&P terhadap ekonomi Australia yang positif telah memulihkan permintaan Aussie pada hari Jumaat yang lalu sehingga mengembalikan harga AUD/USD di atas paras 0.6900

Namun begitu, pemulihan terganggu dengan prestasi pasaran ekuiti apabila ketiga-tiga indeks terbesar Amerika Syarikat menutup dagangan di hari terakhir minggu lalu dengan kerugian.

AUD/USD walau bagaimanapun memulakan dagangan pada minggu ini dengan nada yang positif, meneruskan momentum bullish yang terbentuk pada minggu lalu di awal sesi pasaran Asia.

Sehingga jam 3 petang, AUD/USD telah naik 0.24% ke paras 0.6917.

Secara teknikal, melihat kepada carta 4H, pemulihan telah berjaya melepasi garisan SMA 20 dan 200-hari dan hal ini mengisyaratkan kedudukan indikator yang positif.

Situasi ini juga membuka peluang kepada para pembeli untuk terus menolak naik harga menguji paras 0.6925.

Pembelian walau bagaimanapun dijangka terhad pada zon resistance terhampir 0.6930/40, paras harga tertinggi yang direkodkan pada bulan Oktober dan Disember yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: