AUD/USD Pulih Dengan Sokongan Data PMI Caixin China

AUD/USD Pulih Dengan Sokongan Data PMI Caixin China

Hasil tinjauan Caixin terhadap perkembangan aktiviti sektor pembuatan China yang dikeluarkan pada jam 9.45 pagi meningkat di luar jangkaan ke paras 5

Hasil tinjauan Caixin terhadap perkembangan aktiviti sektor pembuatan China yang dikeluarkan pada jam 9.45 pagi meningkat di luar jangkaan ke paras 51.8 mata, selari dengan data rasmi yang dikeluarkan pada minggu lalu.

Pada minggu yang lalu, data rasmi PMI Pembuatan yang dikeluarkan oleh kerajaan China berada di paras 50.2 mata, mengeluarkan sektor ini daripada pengucupan enam bulan berturut-turut.

Selain itu, kedua-dua angka di atas turut menunjukkan perkembangan sektor pembuatan yang lebih stabil terutamanya apabila indeks Caixin berjaya mencecah angka 51.8 mata, paras tertinggi yang tidak pernah dilihat sejak Disember 2016 yang lalu.

Para pelabur Australia optimis dengan angka-angka yang dikeluarkan berikutan perang perdagangan dilihat tidak memberi kesan yang besar ke atas sektor pembuatan di China.

Hal ini telah mendorong AUD/USD naik 0.17% kepada 0.6775 setakat jam 2.20 petang disamping mengenepikan kelemahan data-data perumahan, inflasi dan pekerjaan.

Walau bagaimanapun, kebimbangan terhadap kemajuan perjanjian perdagangan fasa pertama AS dan China terutamanya berkatian tiga isu pokok iaitu akta Hong Kong, tarif AS dan pembelian produk pertanian AS oleh China dilihat berpotensi menghadkan pendakian AUD/USD.

Ditambah kelemahan pertumbuhan ekonomi China yang telah menghampiri paras terendah 30-tahun yang lalu akan memaksa Beijing untuk memperkenalkan ransangan dasar yang lebih cepat dan agresif dan sentimen ini akan melemahkan Yuan dan AUD yang menjadi proksi kepada prestasi ekonomi China.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: