AUD/USD Terus Dikuasai ‘Bear’ Untuk 4 Hari Berturut-turut

AUD/USD Terus Dikuasai ‘Bear’ Untuk 4 Hari Berturut-turut

Matawang Aussie (AUD) terus melemah untuk 4 hari dagangan berturut-turut sejak hari Khamis minggu lalu, merekodkan kejatuhan hampir 2.35% atau 195 pip

Matawang Aussie (AUD) terus melemah untuk 4 hari dagangan berturut-turut sejak hari Khamis minggu lalu, merekodkan kejatuhan hampir 2.35% atau 195 pips berbanding greenback (USD).

Dengan penurunan 0.74% pada hari Isnin lepas, AUD/USD telah bergerak ke paras terendah tahunan yang baru, tutup dan masih didagang pada harga 0.7604

Pengukuhan USD yang disokong oleh lonjakan hasil bon 10-tahun AS, ketegangan geopolitik yang semakin reda dan data-data ekonomi yang kuat menjadi faktor utama penurunan tersebut.

Selain itu, permintaan kepada matawang komoditi pada hari ini juga melemah apabila data indeks harga pengguna (CPI) Australia bagi suku tahun pertama 2018 yang dikeluarkan pagi tadi adalah lebih rendah berbanding jangkaan, berada pada paras 1.9% pada unjuran tahun ke tahun, dan 0.4% pada unjuran suku ke suku tahunan.

Kadar inflasi yang semakin perlahan telah membimbangkan RBA dan menyukarkan bank pusat untuk kekal dengan polisi kewangan mereka yang telah menyebabkan kejatuhan nilai Aussie.

AUD/USD walau bagaimanapun masih bergerak mendatar sepanjang dua sesi pasaran hari Selasa dan paras harga yang menjadi perhatian adalah pada resistance 0.7640 dan paras support terendah bulan Disember tahun lalu sekitar 0.7501

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: