AUDUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 25/09-29/09/2017

AUDUSD: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 25/09-29/09/2017

Ulasan Minggu Lalu Aussie susut lagi minggu lepas menyambung penyusutan dua minggu lalu dengan OHLC W1 dicatatkan sebagai 0.79972, 0.81009, 0.79075

Ulasan Minggu Lalu

Aussie susut lagi minggu lepas menyambung penyusutan dua minggu lalu dengan OHLC W1 dicatatkan sebagai 0.79972, 0.81009, 0.79075, 0.79588. AUDUSD bermula lemah pada hari Isnin lalu mengukuh hingga Rabu, namun mula menyusut daripada harga tertinggi mingguan apabila Sidang media FOMC pasca penetapan kadar faedahnya yang bernada Hawkish. Hari Jumaat menyaksikan AUDUSD melakukan pembetulan pasaran apabila pelabur dilihat melakukan aktiviti ambilan untung.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 25/09-29/09/2017

Agak hambar dengan data berkala makroekonomi daripada Aussie minggu hadapan apabila cuma 1 data yang berimpak rendah akan diterbitkan sahaja. Data daripada China juga tidak banyak yang akan dapat mempengaruhi pergerakan. Dipercayai turun naik AUDUSD lebih banyak akan dipacu kekuatan Dolar AS bagi minggu hadapan.

 

Di AS minggu hadapan, boleh dikatakan meriah dengan terbitan data berkala makroekonomi. Data demi data berkala akan diterbitkan bermula Selasa. Namun dijangkakan tumpuan utama lebih menjurus kepada data berimpak tinggi iaitu CB Consumer Confidence, Core Durable Goods Orders m/m, Final GDP q/q, dan Unemployment Claims. Data-data ini berpeluang memberikan lebih sentimen positif selepas Feds Chair Yellen memberikan nada Hawkish dalam ucapan pasca penetapan kadar faedah FOMC minggu lepas. Feds Chair Yellen juga dijadualkan berucap pada hari Rabu jam 12.45 pagi waktu Malaysia di Cleveland. Ucapan Yellen seperti biasa sangat dinanti atas kapasiti beliau sebagai Pengerusi FOMC kini. Selain Yellen, beberapa ahli FOMC juga akan berucap sepanjang minggu hadapan pada hari Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat. Ucapan-ucapan ini juga dapat memberikan kemeriahan dalam turun naik AUDUSD.

 

Risiko Pasaran

Ketidaktentuan geopolitik yang dicetuskan Korea Utara masih lagi belum reda sepenuhnya dan masih lagi beleh mencetuskan suasana panik dalam pasaran. Selain aset Safe-Heaven, Dolar Australia sebagai mata wang yang dikategorikan sebagai High Carry Trade juga akan menerima tempias positif dalam suasana panik dalam pasaran.

 

Teknikal Ringkas 25/09-29/09/2017

Di D1 AUDUSD seperti sudah hilang momentum bagi terus naik, namun setakat ini trend masih bagi belian dalam dagangan. Paras harga psikologi 0.8050 masih lagi kekal utuh bagi trend jangka masa sederhana panjang. Selagi harga dagangan di bawah paras psikologi ini, AUDUSD masih lagi boleh untuk terjun lebih jauh ke bawah. SBR terhampir adalah 0.80275, 0.80645, dan 0.81065. Jika AUDUSD terus bergerak ke harga lebih rendah, RBS yang akan senderung disinggahi adalah 0.79740, 0.79210, dan 0.78705. Jika diperhatikan seperti dalam rajah, terdapat satu Trendline yang mungkin menjadi menentukan pergerakan AUDUSD kelak. Apabila harga dapat membuat Breakout ke bawahnya, dijangka AUDUSD akan terus terjun.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: