Aussie dan Kiwi Mengukuh Pasca FOMC

Aussie dan Kiwi Mengukuh Pasca FOMC

Dolar Australia dan Dolar New Zealand mengukuh berbanding Dolar Amerika selepas The Feds tidak melakukan apa-apa perubahan dalam polisi kewangannya. K

Dolar Australia dan Dolar New Zealand mengukuh berbanding Dolar Amerika selepas The Feds tidak melakukan apa-apa perubahan dalam polisi kewangannya. Keputusan itu diumumkan dalam penyata FOMC awal pagi tadi jam 2 pagi waktu Malaysia.

 

Pasangan mat wang AUDUSD telah menokok sebanyak 0.43 pada harga tertinggi 0.75488 (XM mt4). NZDUSD pula mengukuh 0.47% pada paras tertinggi harian 0.71202, iaitu nilai tertinggi sejak 19 Julai.

 

Dalam penyata FOMC, The Feds melaporkan risiko jangka pendek semakin berkurang dengan pasaran buruh meningkat secara sederhana. Sejak akhir-akhir ini, data-data ekonomi daripada negara Uncle Sam membayangkan bahawa ekonominya sedang pulih secara sederhana.

 

Keputusan mengekalkan kadar faedah semalam oleh The Feds sudah dijangkakan pakar-pakar ekonomi. Pengukuhan mata wang yang dipacu komoditi juga dipacu harga minyak yang meningkat sedikit walaupun lebihan penawaran secara global merisaukan banyak pihak.

 

Penafian: Ini hanyalah laporan pasaran pada ketika ianya ditulis dan tidak menggambarkan harga pada masa akan datang

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: