Dolar Aussie hari ini bermula rendah dan terus meningkat. Bermula diniagakan pada paras 0.74770 dan ketika ulasan ini ditulis, berada pada harga 0.754
Dolar Aussie hari ini bermula rendah dan terus meningkat. Bermula diniagakan pada paras 0.74770 dan ketika ulasan ini ditulis, berada pada harga 0.75444 iaitu mengukuh 0.5%. Dolar kiwi pula juga turut mendapat tempias dan mengukuh pada paras tertinggi harian 0.73183.
Peningkatan ini dilihat adalah dari Data berkala harga rumah dari China. Di China, harga rumah Ogos meningkat 9.2% berbanding 7.9% yang dicatatkan bulan sama tahun lalu. China merupakan antara rakan dagang terbesar Australia selain Amerika Syarikat.
Esok jam 930 pagi waktu Malaysia, Reserve Bank Australia, RBA akan membentangkan polisi kewangan Australia yang terkini. Pasaran menjangkakan RBA tidak akan mengubah polisi lalu selepas potongan kadar faedah iaitu masih menuggu kesan sebenar potongan kadar faedah lalu. Minggu lalu, Kent, orang nombor dua RBA menyatakan bahawa Australia memelukan harga Dolarnya yang lebih rendah bagi lebih berdaya saing dalam proses import ke dalam negara itu.
COMMENTS