Aussie Mengukuh Selepas Laporan Pekerjaan Bulan Oktober

Aussie Mengukuh Selepas Laporan Pekerjaan Bulan Oktober

Permintaan matawang Aussie meningkat berbanding matawang utama yang lain selepas laporan pekerjaan bulan Oktober dikeluarkan. Secara keseluruha

Permintaan matawang Aussie meningkat berbanding matawang utama yang lain selepas laporan pekerjaan bulan Oktober dikeluarkan.

Secara keseluruhan, Australia menambah 3.7K pekerjaan berbanding jangkaan 18.8K dan bacaan yang dikaji semula pada bulan September meningkat sebanyak 26.6K. Angka bagi bulan Oktober ini menjadi peningkatan paling sedikit pada tahun ini sejak September 2016 yang lalu.

Namun begitu, dalam bacaan yang lebih terperinci, antara faktor yang menyebabkan Aussie melonjak adalah penambahan 24.3K juta pekerjaan tetap dan pengurangan 20.7 juta pekerjaan sambilan.

Selain itu, kadar pengangguran jatuh ke paras 5.4% berbanding jangkaan yang melihat kadar stabil sekitar 5.5%. Bacaan ini menunjukkan kadar pengangguran berada di paras terendah sejak Januari 2013 atau hampir 5 tahun yang lalu.

Hasil bon kerajaan (Bond yield) juga meningkat selepas laporan dikeluarkan, menjadi petunjuk bahawa sektor pekerjaan akan menjadi penyokong kepada jangkaan rate hike RBA

Berikut adalah perubahan harga Austrlia dolar berbanding matawang lain pada jam 12.40 tengahhari:

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: