Aussie Peroleh Tempias China. Mengapa?

Aussie Peroleh Tempias China. Mengapa?

Mungkin ramai sudah mengetahui setiap kali data berkala makroekonomi daripada Tanah Besar China dikeluarkan Dolar Australia pasti akan terkesan. Jika

Mungkin ramai sudah mengetahui setiap kali data berkala makroekonomi daripada Tanah Besar China dikeluarkan Dolar Australia pasti akan terkesan. Jika baik data dari China, kebiasaannya Dolar Australia akan terkesan mengukuh.

 

Hari ini ketika data berkala PMI Pembuatan dikeluarkan dengan data menunjukkan 51.2 lebih baik daripada jangkaan 50.2 berbanding data lalu 50.1, Aussie mula mengukuh. Pengukuhan Aussie ini berterusan apabila data berkala Caixin PMI Pembuatan juga lebih baik daripada jangkaan. Caixin PMI Pembuatan menunjukkan pengembangan pada angka 51.2 berbanding jangkaan 50.2.

 

Pernah tertanya mengapa setiap kali data berkala dari China lebih baik, Dolar Australia juga mendapat tempias? Mengikut laman web rasmi Australian Government, Department of Foreign Affairs and Trade, China merupakan rakan dagang terbesar Australia. Pada tahun 2015, 22,4 peratus dangangan Australia adalah bersama China. Mengalahkan Amerika Syarikat di tempat kedua dengan 10.5%. Mungkin dapat dibanggakan bahawa Malaysia merupakan rakan dagang ke-10 terbesar Australia dengan peratusan sebanyak 2.9% pada tahun 2015.

 

Eksport Australia ke China meliputi bijih besi dan terbitan besi, arang batu, emas, tembaga dan terbitan tembaga, kapas dan terbitan bulu haiwan, barli, dan kulit haiwan terbitan kulit haiwan. Butiran rakan dagang Australia boleh dirujuk di http://dfat.gov.au/pages/default.aspx

 

Justeru itu jika anda meminati mata wang Dolar Australia, anda perlu mengambil perhatian segala data berkala daripada Tanah Besar China bagi membuat keputusan sama ada jualan atau belian dalam dagangan boleh dilakukan

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: