Aussie Terus Ditekan, GDP Q3 Lebih Rendah Berbanding Jangkaan

Aussie Terus Ditekan, GDP Q3 Lebih Rendah Berbanding Jangkaan

Laporan pertumbuhan ekonomi Australia bagi suku tahun ketiga yang diukur melalui GDP berada di paras 0.6%, lebih rendah berbanding jangkaan 0.7% dan j

Laporan pertumbuhan ekonomi Australia bagi suku tahun ketiga yang diukur melalui GDP berada di paras 0.6%, lebih rendah berbanding jangkaan 0.7% dan juga 0.8% pada bulan yang lepas.

Berdasarkan unjuran tahun ke tahun pula, bacaan menyusut ke paras 2.8% berbanding jangkaan 3%. Namun jika disesuaikan mengikut musim, pertumbuhan ekonomi Australia meningkat 0.6%.

17 daripada 20 industri merekodkan pertumbuhan yang positif pada suku tahun ketiga dengan pembinaan kejuruteraan baru naik 6.3%. Bacaan akhir perbelanjaan isi rumah juga naik 0.1%.

Walau bagaimanapun, data yang bercampur sebentar tadi telah menyebabkan pergerakan volatile kesemua pasangan matawang Aussie dengan AUD/USD jatuh 60 pips kepada 0.7570 selepas naik ke paras tertinggi 0.7631 pada minit yang sama.

Berikut merupakan perubahan Aussie VS Matawang utama lain setakat jam 8.45 pagi

Penganalisis daripada Noumura berkata terdapat dua punca akan terus menekan AUD ketika ini:

  1. Perbezaan ketara dalam dasar kewangan RBA dan bank pusat utama yang lain
  2. Bias yang memihak kepada matawang Aussie yang rendah, di tambah pula dengan pertumbuhan sederhana di China menyebabkan mereka dalam proses mengurangkan hutang serta peningkatan bekalan dunia terus menekan harga komoditi utama Australia seperti bijih besi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: