Aussie: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 14-18 November 2016

Aussie: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 14-18 November 2016

Minggu lalu tidak kurang menarik juga pergerakan kekuatan Dolar Australia. AUDUSD Mula diniagakan pada harga 0.76755 hari Isnin, meneruskan kenaikan p

Minggu lalu tidak kurang menarik juga pergerakan kekuatan Dolar Australia. AUDUSD Mula diniagakan pada harga 0.76755 hari Isnin, meneruskan kenaikan pada Selasa dengan harga tertinggi sejak April 0.77775, lalu menjunam pada hari penjumlahan undi elektoral presiden Amerika Syarikat. Harga penutupan pasaran jatuh pada paras 0.75553. Perbezaan harga tertinggi dan harga penutupan adalah sebanyak lebih kurang 220 pips!

 

Daripada aspek makroekonomi, minggu hadapan boleh dikatakan minggu agak sukar bagi Aussie juga. Memulakan hari Isnin dengan penantian data Chinese Industrial Production, laporan Fixed Assets Invesment, dan Data Jualan Runcit. Pada hari Selasa pula, Reserve Bank of Australia, RBA akan mengeluarkan minit laporan kewangannya. Pada mesyuarat yang lalu, RBA telah membiarkan kadar faedah pada paras 1.5% dan mengekalkan nada Dovish. Manakala hari Rabu dimeriahkan dengan laporan pasaran buruh Australia.

 

Data-data berkala daripada Negara Uncle Sam juga akan mempengaruhi turun naik kekuatan Dolar Australia. Setakat sebelum pasaran ditutup minggu lalu, jualan dalam dagangan bagi AUDUSD banyak dipengaruhi sentimen kenaikan kadar faedah daripada US pada Disember nanti berbanding pada awal minggu yang banyak dipengaruhi ketidaktentuan pengundian presiden US yang baru.

 

Secara teknikal Ichimoku Kinko Hyo di Time Frame harian, harga penutupan minggu lalu 0.75553 sudah berada di bawah Senkou Span buat pertama kalinya sejak kali terakhir 28 Jun lalu. Indikator RSI 14 sudah berada pada bawah nilai 50 di Time Frame harian yang menunjukkan kemungkinan momentum jualan akan berterusan minggu hadapan. CSP mingguan pula sudah membentuk CSP Bearish Engulfing, salah satu CSP tanda-tanda momentum jualan akan berterusan minggu hadapan

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: