Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/09-07/09/2018

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 03/09-07/09/2018

Ulasan Minggu Lalu Aussie ditutup sangat lemah berbanding Dolar AS minggu lepas dengan OHLC W1 0.73260, 0.73622, 0.71755, 0.71869. Penyusutan AUDUS

Ulasan Minggu Lalu

Aussie ditutup sangat lemah berbanding Dolar AS minggu lepas dengan OHLC W1 0.73260, 0.73622, 0.71755, 0.71869. Penyusutan AUDUSD minggu lepas lebih banyak dipacu mood jualan kerana ketidaktentuan politik dari tanah kanggaroo. Para pelabur masih belum yakin sepenuhnya dengan kemampuan PM baru Australia berbanding mantan PM yang lama. Namun populariti PM baru semakin hari semakin baik.

 

Sentimen Pasaran Ringkas

Minggu depan merupakan minggu yang sangat meriah buat AUDUSD. 3 data berkala makroekonomi berimpak tinggi akan diterbitkan iaitu Retails Sales m/m, GDP q/q, dan Trade Balance. Selain itu RBA juga akan membuat keputusan dalam penetapan kadar faedahnya ataupun Cash Rate. Pasaran tidak menjangkakan akan ada perubahan Cash Rate iaitu pada kadar 1.5%. Casd Rate  tersebut akan datang bersama RBA Rate Statement. Data lebihan dagangan daripada China yang akan terbit Jumaat minggu hadapan juga dipercayai akan mempengaruhi jual beli AUDUSD.

 

Paling menarik, minggu depan merupakan minggu NFP daripada Washington. Namun sebelum itu terdapat 3 data makroekonomi berimpak tinggi yang menarik akan diterbitkan iaitu ISM Manufacuring PMI, ADP Non-Farm Employment Change, dan ISM Non-Manufacturing PMI. ADP Non-Farm Employment boleh dikatakan boleh membayangi apakah keputusan Jumaat NFP nanti. Sebarang impak positif daripadanya mungkin boleh diteruskan kepada Jumaat nanti dan AUDUSD sangat tinggi peluang untuk terus melemah dan mencatat New Low terbaru 2018.

 

Risiko Pasaran

Dijangka sentimen Risk On masih berterusan minggu hadapan kecuali berita-berita Trade War yang mungkin akan dicetuskan Trump. Isu serangan ekonomi AS terhadap Turki juga boleh mengaktifkan mode Risk-Off buat sementara jika ianya masih timbul.

 

Teknikal Ringkas

Pemerhatian awal di TF W1 mendapati terdapat CS Mother Candle yang menunjukkan momentum jualan AUDUSD yang sangat baik.

Semakan seterusnya di TF D1 mendapat AUDUSD sudah membuat Breakaway  daripada Triangle seperti yang dapat digambarkan dalam rajah. Breakaway ke bawah ini membayangkan bahawa AUDUSD sangat tinggi peluangnya untuk terus menyusut lagi minggu hadapan. Jika AUDUSD melakukan pembetulan pasaran ke SBR atau menguji semula Trendline seperti yang digambarkan dalam rajah, SBR terdekat adalah di 0.72015, 0.72375, 0.72850, dan 0.73170. Sekiranya ianya meneruskan aksi terjunan RBS terdahulu yang belum diuji adalah di 0.71610, 0.71075, dan 0.70680.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

Buka Akaun Bersama Saya Untuk Signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: