Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 04/06-08/06/2018

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 04/06-08/06/2018

Ulasan Minggu Lalu Aussie ditutup sedikit kukuh berbanding Dolar AS minggu lepas dengan peningkatan ini banyak dipacu belian Dolar AS yang kurang m

Ulasan Minggu Lalu

Aussie ditutup sedikit kukuh berbanding Dolar AS minggu lepas dengan peningkatan ini banyak dipacu belian Dolar AS yang kurang memberangsangkan di samping sedikit peningkatan harga komoditi. OHLC W1 minggu lalu tercatat sebagai 0.75578, 0.75924, 0.74753, 0.75644. AUDUSD masih tidak dapat lagi membuat harga baru terendah 2018 selepas mencatatnya 4 minggu lepas.

 

Sentimen Pasaran Ringkas

Meriah dengan terbitan data berkala makroekonomi berimpak sederhana dan tinggi daripada China dan Australia minggu depan. Namun tumpuan sebenar adalah Cash Rate dan RBA Rate Statement. Dijangkakan RBA mengekalkan kadar faedahnya sedia ada. Namun para pelabur lebih berminat menghadam penyatanya. Penyata ini dijangka dapat memberi panduan kekuatan Aussie sehingga Cash Rate seterusnya. Kali terakhir penyata ini dikeluarkan adalah bernada Dovish. Sebarang nada Hawkish akan membuatkan Aussie menguat.

 

Terbitan data berkala berimpak tinggi daripada AS yang akan diterbitkan cuma ISM Non-Manufacturing PMI. Ianya akan diterbitkan pada hari Selasa jam 10.00 malam waktu Malaysia. Selain itu juga terdapat 10 data berskala kecil dan 1 data berskala sederhana minggu hadapan. Dijangkakan pergerakan AUDUSD minggu akan lebih banyak dipengaruhi sentimen kuat lemahnya Dolar Australia kerana kekurangan data berkala berimpak tinggi daripada AS.

 

Risiko Pasaran

Minggu lepas mood belian Dolar dilihat agak berkurangan dan sentimen Risk-Off mula reda tetapi tidak cukup kuat bagi menarik minat belian Dolar yang berterusan. http://money.cnn.com/data/fear-and-greed/

 

Teknikal Ringkas

Dengan masih lagi berlegar-legar 150pips di atas Low 2018, AUDUSD kelihatan Sideway. Jika AUDUSD dapat membuat Breakout ke atas SBR 0.76090, sasaran seterusnya di atas adalah 0.76799 dan 0.77320. Penembusan 0.77320 dipercayai dapat membuka ruang AUDUSD untuk pergi lebih tinggi lagi. Manakala RBS terhampir adalah di 0.74991, 0.74455, dan 0.73720. Paras Support kuat 0.73720 adalah harga kritikal bagi AUDUSD untuk turun lebih jauh ke bawah.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: