Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 10/09-14/09/2018

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 10/09-14/09/2018

Ulasan Minggu Lalu AUDUSD terus ditutup sangat lemah dengan mencatatkan harga New Low bagi 2018. Sehingga kini belian dalam dagangan yang nyata mas

Ulasan Minggu Lalu

AUDUSD terus ditutup sangat lemah dengan mencatatkan harga New Low bagi 2018. Sehingga kini belian dalam dagangan yang nyata masih lagi belum muncul buat Aussie. Isnin hingga Khamis AUDUSD seperti kelihatan mahu membuat pembetulan ke paras harga lebih tinggi, namun data NFP AS yang baik telah mengaramkan Aussie lagi. OHLC W1 adalah 0.71898, 0.72353, 0.70984, 0.71037.

 

Sentimen Pasaran Ringkas

Minggu hadapan jika sentimen yang dibawa data ekonomi daripada Aussie masih tidak baik, Aussie dipercayai akan terus menjunam lebih jauh. Cuma 2 data berkala berimpak tinggi makroekonomi daripada tanah kanggaru akan dikeluarkan minggu depan iaitu Employment Change dan Unemployment Rate. Data ini penentu sentimen kekuatan Aussie. Bantuan lain belian Aussie mungkin datang dari Tanah Besar China apabila 3 data berimpak sederhana boleh membantu mengurangkan tekanan jualan AUDUSD.

Kejatuhan AUDUSD mungkin lebih parah data berkala makroekonomi daripada AS minggu depan. Bermula Selasa hingga Jumaat terdapat 21 semua kategori data akan diterbitkan. Fokus kepada data berimpak tinggi, data yang akan diterbitkan adalah berkenaan Inflasi. PPI m/m, CPI m/m, Core CPI m/m, Core Retail Sales m/m, dan Retail Sales m/m. Jika sentimen yang dibawa keseluruhan data ini adalah positif, Dolar AS sangat berpeluang untuk menyambung pengukuhan minggu lepas dan AUDUSD terus terjun lagi dan lagi.

 

Risiko Pasaran

Dijangka sentimen Risk On masih berterusan minggu hadapan kecuali berita-berita sensasi yang boleh membuatkan sentimen Risk-Off masuk seketika dalam pasaran.

 

Teknikal Ringkas

Pemerhatian awal di TF W1 mendapati terdapat 2 CS Mother Candle yang menunjukkan momentum jualan AUDUSD yang sangatlah baik.

Pemerhatian lanjut di TF D1 mendapat AUDUSD gagal menguji semula paras Breakaway  daripada Triangle seperti yang dapat digambarkan dalam rajah. Jika AUDUSD melakukan pembetulan pasaran ke SBR, SBR terdekat adalah di 0.71440, 0.71660 dan 0.71037. Sekiranya ianya meneruskan aksi terjunan RBS terdahulu yang belum diuji adalah di 0.70680, 0.70160, dan 0.69720

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

Buka Akaun Bersama Saya Untuk Signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: