Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 15/01-19/01/2018

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 15/01-19/01/2018

Ulasan Minggu Lalu Aussie ditutup kukuh berbanding Dolar AS minggu lepas dengan pengukuhan ini banyak dipacu kelemahan Dolar AS di samping peningka

Ulasan Minggu Lalu

Aussie ditutup kukuh berbanding Dolar AS minggu lepas dengan pengukuhan ini banyak dipacu kelemahan Dolar AS di samping peningkatan harga komoditi secara amnya. OHLC W1 minggu lalu tercatat sebagai 0.78563, 0.79237, 1.78067, 0.79112. Peningkatan harga AUDUSD juga merupakan yang tertinggi sejak 14 minggu lepas.

 

Sentimen Pasaran Ringkas 15/01-19/01/2018

Agak menarik data berkala makroekonomi yang akan diterbitkan daripada Australia dan China minggu hadapan. Daripada Australia, data pekerjaan akan diterbitkan hari Khamis jam 8.30 pagi waktu Malaysia. Ianya ditambah pula data GDP q/y  dan Industrial Production y/y daripada China hari yang sama jam 3.00 petang pula. Data ekonomi daripada China perlu sentiasa diperhatikan buat peminat AUDUSD kerana China merupakan rakan dagang terbesar Australia. Sebarang sentimen positif daripada data ekonomi ini dijangkakan akan membuatkan AUDUSD terus terbang tinggi

 

Daripada AS pula, terbitan data berkala berimpak tinggi daripada AS minggu depan agak terhad dengan hanya Building Permits, dan Unemployment Claims sahaja akan diterbitkan yang masing-masing akan diterbitkan pada hari Khamis. Bank AS akan bercuti pada hari Isnin sempena Martin Luther King Day. Sebarang sentimen positif daripada AS dijangka melegakan tekanan jualan Dolar AS sejak minggu lepas dan membuatkan AUDUSD turun melakukan pembetulan pasaran.

 

Risiko Pasaran

Dijangka mode Risk-On dalam pasaran berterusan daripada minggu lepas, melainkan sentimen risiko geopolitik kembali dicetuskan Trump dan Korea Utara. Selain aset Safe-Heaven, Dolar Australia sebagai mata wang yang dikategorikan sebagai High Carry Trade juga akan menerima tempias positif dalam suasana panik dalam pasaran.

 

Teknikal Ringkas 15/01-19/01/2018

Secara teknikal, AUDUSD di TF W1 kini bergerak mematuhi Ascending Channel seperti yang digambarkan dalam rajah. SBR terhampir adalah di 0.7962, 0.8030, dan 0.8100 manakala RBS terdekat adalah di 0.7890, 0.78045, dan 0.77320. Semakan di TF D1 menunjukkan AUDUSD sedah berada dalam posisi kenaikan yang signifikan dan sebarang penurunan adalah hanya bersifat pembetulan pasaran melalui indikator Stoch(5,3,5) Standard.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: