Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 16-20 Januari 2017

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 16-20 Januari 2017

Kukuh! Itu satu perkataan dapat digambarkan harga penutupan Aussie berbanding Greenback minggu lalu. Semua CS D1 menunjukkan Bullish menguasai AUDUSD

Kukuh! Itu satu perkataan dapat digambarkan harga penutupan Aussie berbanding Greenback minggu lalu. Semua CS D1 menunjukkan Bullish menguasai AUDUSD dengan pergerakan beza harga pembukaan dan penutupan minggu lalu melebihi 200 pips. OHLC W1 AUDUSD dicatat sebagai 0.72933, 0.75175, 0.72871, 0.74998. Kenaikan mingguan ini merupakan bagi 3 minggu berturut-turut.

 

Walaupun data ekonomi daripada Aussie dan China yang diterbitkan minggu lali agak kurang memuaskan, namun AUDUSD terus naik, naik, dan naik berikutan lemahnya Dolar Amerika sepanjang minggu lalu. Antara faktor lemahnya Greenback minggu lalu disebabkan sidang media Donald Trump yang telah diulas oleh Saudara Firdaus Ali yang boleh didapati di https://www.ctc.fm/sidang-akhbar-trump-tidak-meyakinkan-dollar-menjunam/

 

Minggu hadapan, data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada Aussie dan China hanya akan terbit bermula hari Khamis dengan dimulakan Employment Change dan Unemployment Rate pada Khamis jam 8.30 pagi daripada Australia. Pasaran menjangkakan pertambahan 10.2K orang baru diambil bekerja dan kadar orang tidak bekerja kekal pada 5.7%. Ini diikuti dengan GDP q/y dan Industrial Production y/y pada pukul 10.00 pagi Jumaat daripada China. Sebarang data positif daripada China akan memberikan kesan positif kepada Aussie kerana China merupakan rakan dagang terbesar Australia.

 

Daripada US pula, Fed Chair Yellen pula akan berucap di Commonwealth Club di San Francisco jam 4.00pagi hari Khamis. Para pelabur sudah semestinya menantikan ucapan Yellen ini kerana Yellen merupakan pengerusi FOMC yang mengawal setiap polisi ekonomi FOMC. Yellen juga akan membuat satu lagi penampilan dan ucapan hari Jumaat jam 9.00pagi di Stanford Institute for Ecnomic Research. Jangan dilupakan juga CPI m/m, Core CPI m/m, Building Permits, Philly Fed Manufacturing Index, dan Unemployments Claims yang akan diterbitkan bermula pada hari Rabu dan Khamis daripada US.

 

Melihat aspek teknikal SNR di AUDUSD, harga penutupan minggu lalu sudah berapa betul-betul di SBR kuat di D1. Resistant seterusnya berada harga 0.75250, 0.75575, 0.75910, dan 0.87235. Jika AUDUSD turun, paras harga Support yang mungkin akan diuji semula adalah 0.74745, 0.74415, 0.74070, dan 0.73680. Indikator RSI14 di D1 masih berada dalam mood belian dalam dagangan, namun sudah menghampiri paras terlebih jualan dalam dagangan.

 

Jika disemak menggunakan Ichimoku Kinko Hyo, Di D1, harga penutupan pasaran minggu lalu sudah memasuki awan. Manakala di W1 pula, AUDUSD sudah menerobos awan yang menggambarkan momentum kenaikan yang kuat bagi AUDUSD di W1. Di H1 dan H4 juga harga sudah berada dia atas Tenkan-Sen dan Kijun-Sen.

 

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: