Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21-25 November 2016

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 21-25 November 2016

Minggu lalu Aussie berbanding Dolar Amerika meneruskan susutan harga hingga ke minit-minit terakhir pasaran New York. Mula dibuka pada paras 0.75401 m

Minggu lalu Aussie berbanding Dolar Amerika meneruskan susutan harga hingga ke minit-minit terakhir pasaran New York. Mula dibuka pada paras 0.75401 minggu lalu, membuat pembetulan harga tertinggi 0.75803 dan meneruskan terjunan bebas ke harga penutupan 0.73337. Momentum jualan dalam dagangan Aussie ini mungkin disebabkan susutan teruk harga bijih besi, dan kekuatan Dolar Amerika sepanjang minggu lalu. Statistik bilangan pertambahan orang bekerja yang menyusut juga menambah parah kejatuhan Aussie ini.

 

Minggu hadapan, tiada data berkala makroekonomi berimpak tinggi daripada Australia dan China yang boleh menggerakkan turun naik kekuatan Aussie dengan banyak, namun pasaran masih menjangkakan Aussie akan terus dalam tekanan jualan berikutan harga komoditi yang terus jatuh dan Polisi Kewangan RBA yang dalam mode loosening policy. Selain itu sentimen kenaikan kadar faedah daripada US yang semakin kuat juga boleh menambah momentum jualan Aussie.

 

Secara teknikal Ichimoku Kinko Hyo di Time Frame mingguan, harga penutupan di Time Frame mingguan minggu lalu 0.73337 sudah hampir menerobos di bawah Senkou Span. Indikator RSI 14 sudah berada pada bawah nilai 30 (terlebih jual) di Time Frame harian, 4jam, dan 1jam. Dijangkakan AUDUSD akan membuat pembetulan pasaran dahulu di Time Frame harian, 4jam, dan 1jam sebelum meneruskan momentum jualan dalam dagangan. Resistant terdekat adalah pada 0.74000 dan 0.73000 merupakan paras Support yang perlu dipecahkan bagi meneruskan jatuhan

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

ctc-news

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: