Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 23-27 Januari 2017

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 23-27 Januari 2017

Aussie meneruskan pengukuhan berbanding Greenback bagi minggu ke-4 berturut-turut. Aussie juga sudah memadamkan kejatuhan apabila Federal Reserve Open

Aussie meneruskan pengukuhan berbanding Greenback bagi minggu ke-4 berturut-turut. Aussie juga sudah memadamkan kejatuhan apabila Federal Reserve Open Committee FOMC menaikkan kadar faedah bulan lalu. Harga penutup pasaran AUDUSD Jumaat minggu lalu merupakan yang tertinggi bagi 10 minggu. Data OHLC W1 dicatatkan sebagai 0.4773, 0.75874, 0.74572, 0.75537.

 

Pengukuhan Aussie minggu lepas telah banyak dirangsang oleh kelemahan Dolar Amerika, data ekonomi dari China yang kukuh, dan Employment Change yang sangat baik melebihi jangkaan. Namun pengukuhan Aussie mula perlahan di akhir minggu walaupun Greenback secara relatifnya lemah sepanjang minggu lepas.

 

Secara makroekonomi minggu hadapan, hanya 2 data berkala ekonomi berimpak tinggi akan diterbitkan daripada Australia iaitu CPI q/q, dan Trimmed Mean CPI q/q. Kedua-dua data ini akan diterbitkan pada hari Rabu jam 8.30 pagi waktu Malaysia. Kedua-dua data ini merupakan data sukatan inflasi, sebarang data yang positif akan melonjakkan lagi AUDUSD nanti.

 

Daripada US pula , Cuma 3 data ekonomi berimpak tinggi akan dikeluarkan. Unemployment Claims, Advance GDP q/q, dan Core Durable Goods Orders m/m akan diterbitkan minggu hadapan. Sementara itu Bureau of Economic Analysis telah menilai semula data lalu Advance GDP q/q kepada 3.5% berbanding 2.9% data yang diterbitkan pada 28/10/2016. Sebarang data yang lebih positif dari US seperti biasa akan meredakan kenaikan AUDUSD sejak 4 minggu lepas

 

Dari segi teknikal jika disemak menggunakan Bollinger Bands di D1, CS AUDUSD sudah berada di atas Mid BB sejak 12 CS lepas yang menggambarkan kaunter belian yang lebih dominan berbanding jualan. Indikator RSI14 di H4 dan D1 berada di mood belian. Paras harga Resistant jika AUDUSD meneruskan perjalanan ke atas adalah 0.75910, 0.76235, 0.76525 dan 0.76806. Sebarang penurunan dipercayai akan cenderung singgah di harga Support 0.75250, 0.74970, 0.74745 dan 0.74415.

 

Semakan di H4 mendapati momentum kenaikan AUDUSD semakin kurang jika menggunakan Awesome Oscillator. Namun Indikator hanya sedikit panduan bagi kita membuat keputusan dalam dagangan.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: