Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 26-30 Disember 2016

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 26-30 Disember 2016

Minggu lalu Dolar Australia telah membuat CS W1 Bearish dengan OHLC 0.72799, 0.73120, 0.71592, 0.71738. Meneruskan kejatuhan sejak Federal Reserve Ope

Minggu lalu Dolar Australia telah membuat CS W1 Bearish dengan OHLC 0.72799, 0.73120, 0.71592, 0.71738. Meneruskan kejatuhan sejak Federal Reserve Open Market Committee FOMC menaikkan kadar faedah kepada 0.75%. Jarak harga buka dan penutupan minggu lalu adalah lebih kurang 110 pips.

 

AUDUSD melakukan sedikit pembetulan pasaran ke atas ketika Reserve Bank of Australia RBA menerbitkan minit mesyuarat polisi kewangan RBA pada hari Selasa sebelum menyambung jatuhan demi jatuhan hingga 8 jam sebelum pasaran ditutup hari Jumaat.

 

Dijangkakan minggu hadapan tidak banyak pergerakan turun naik akaun berlaku kepada AUDUSD namun harus diperhatikan CB Consumer Confidence pada Selasa jam 11 malam, Unemployment Claims jam 9.30 malam hari Khamis daripada US. Kadar kecairan dalam pasaran dijangkakan berkurang kerana mood cuti Krismas.

 

Secara teknikal, AUDUSD masih cenderung lebih menyusut disokong dengan RBA masih dalam QE ditambah dengan FOMC yang dalam polisi Tightening. Kecenderungan AUDUSD untuk menyusut berkemungkinan singgah ke paras harga Support 0.71415, 0.71040, dan 0.70700. Harga SBR yang harus diperhatikan pula adalah 0.71980, 0.72345, dan 0.72780. Indikator Bears Power(13) masih menunjukkan momentum Bearish yang kuat di TF D1.

 

Dengan kadar kecairan dalam pasaran secara tradisi agak kurang pada bulan Disember, adalah dinasihati para pedagang berhati-hati dalam meletakkan sesuatu posisi dalam dagangan. Kecairan dalam pasaran yang agak kurang boleh menyebabkan pergerakan pips yang tidak dijangka turun naiknya secara mendadak.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: