Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 27/08-31/08/2018

Aussie VS Dolar: Ulasan Minggu Lalu Dan Pandangan 27/08-31/08/2018

Ulasan Minggu Lalu AUDUSD ditutup sedikit kukuh berbanding Dolar AS minggu lalu disebalik kecelaruan politik daripada Tanah Kanggaru. OHLC W1 terca

Ulasan Minggu Lalu

AUDUSD ditutup sedikit kukuh berbanding Dolar AS minggu lalu disebalik kecelaruan politik daripada Tanah Kanggaru. OHLC W1 tercatat sebagai 0.73143, 0.73817, 0.72371, 0.73247. AUDUSD bermula dengan momentum belian Isnin lepas, namun berita PM Australia hilang kepercayaan partinya sendiri telah membuatkan Sell-off Aussie pada hari Khamis. Namun Sell-off itu hampir dapat dipadamkan sepenuhnya apabila pengumuman Australia akan mendapat PM baru telah disahkan.

 

Sentimen Pasaran Ringkas

Cuma 1 data berkala makroekonomi berimpak tinggi akan diterbitkan minggu hadapan daripada Australia iaitu Private Capital Expanditure q/q. Data ini akan diterbitkan pada pagi Khamis jam 9.30 pagi waktu Malaysia. Juga terdapat 2 data berimpak sederhana daripada Tanah Besar China yang dapat memberikan kesan kepada pergerakan turun naik AUDUSD akan dikeluarkan. Dijangkakan turun naik AUDUSD akan banyak bergantung kepada kekuatan Dolar AS minggu hadapan.

 

Paling menarik minggu depan daripada AS cuma 1 data berkala ekonomi berimpak tinggi daripada AS minggu depan iaitu Prelim GDP q/q yang akan diterbitkan pada hari Rabu jam 8.30 malam waktu Malaysia. Terdapat 4 data berimpak sederhana juga akan diterbitkan di samping 10 yang berimpak kecil. Jika sentimen yang dibawa oleh data-data ini bersifat negatif, Dolar berkemungkinan besar akan terus dijual sepanjang minggu hadapan.

 

Risiko Pasaran

Dijangka sentimen Risk On masih berterusan minggu hadapan kecuali berita-berita Trade War yang mungkin akan dicetuskan Trump. Isu serangan ekonomi AS terhadap Turki juga boleh mengaktifkan mode Risk-Off buat sementara jika ianya masih timbul.

 

Teknikal Ringkas

Pemerhatian awal di TF W1 tidak dapat banyak yang dapat diperhalusi lebih lanjut.

Semakan lanjut di TF D1 mendapat AUDUSD seolah-olah Stuck di dalam Triangle seperti yang dapat digambarkan dalam rajah. Sebarang posisi Intraday & Scalping bolehlah dilakukan di dalam Triangle tersebut. Namun bagi posisi jangka masa sederhana dan panjang hendaklah menunggu pengesahan sama ada Breakout ke atas atau ke bawah Triangle tersebut. SBR terdekat adalah di 0.73810, 0.74200 dan 0.74530. RBS terdahulu adalah di 0.72850, 0.72775 dan 0.72015.

 

“Berdaganglah dengan bijak, tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

 

Buka Akaun Bersama Saya Untuk Signal PERCUMA : www.cikgufahmifx.com

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: