Dipacu pemulihan harga komoditi, Aussie berbanding Dolar Amerika pulih sedikit minggu lalu setelah susutan selama 2 minggu tanpa henti. Mula diniagaka
Dipacu pemulihan harga komoditi, Aussie berbanding Dolar Amerika pulih sedikit minggu lalu setelah susutan selama 2 minggu tanpa henti. Mula diniagakan dengan Gap ke bawah pada paras 0.73297 dan mencatat harga terendah mingguan 0.73102. Paras tertinggi minggu lalu 0.74672 dan harga penutupan pasaran 0.74337. Secara kasar AUDUSD bergerak turun naik hingga 160 pips!
Minggu hadapan, dari aspek data berkala makroekonomi, dijangkakan pergerakan besar turun naik paling ketara akan berlaku bermula pada hari Rabu hingga Jumaat. Sepanjang hari Rabu persidangan kali kedua 2016 negara-negara pengeluar minyak dunia, OPEC akan berlangsung. Seluruh pasangan mata wang dijangkakan terkesan dengan apa jua hasil persidangan OPEC ini. Jam 9.15 malam hari Rabu data berkala makroekonomi ADP-NFP daripada Amerika Syarikat juga akan menggerakkan dengan lebih rancak turun naik AUDUSD. Sebarang data ADP-NFP yang baik secara kebiasaanya akan menyusutkan lagi harga AUDUSD.
Hari khamis jam 8.30 pagi waktu Malaysia, Australian Bureau of Statictic akan mengeluarkan data Private Capital Expenditure q/q. Data bagi sukuan ketiga ini merupakan data berkala berimpak tinggi dan pasaran menjangkakan sedikit pemulihan daripada sukuan terdahulu. Data jualan runcit bulan lalu pula akan diterbitkan pada pagi Jumaat jam 8.30 pagi. Dijangkakan berlaku sedikit penyusutan pada jualan runcit bulan lalu pada 0.3% berbanding 0.5% bulan sebelumnya.
Seperti biasa, pada Jumaat pertama setiap bulan data pekerjaan bukan pertanian atau NFP sentiasa dinantikan pasaran. Ini merupakan NFP terakhir sebelum mesyuarat FOMC yang akan menentukan kadar asas faedah daripada US nanti pada 15 Disember.
Secara teknikal, pemulihan harga AUDUSD minggu lalu sudah menghampiri paras Fibonachi Retracement 38.6 pada harga 0.74885. Jika AUDUSD terus pulih, paras harga seterusnya mengikut 50.0 Fibonachi Retracement adalah 0.75430 dan ini merupakan kawasan harga SBR yang sudah dipecahkan 2 hari selepas Donald Trump memenagi pilihan raya presiden US 2 minggu lalu. Di Time Frame harian, mengikut teknikal Ichimoku Kinkyo Hyo paras harga penutupan masih di bawah Senkou Span yang menggambarkan AUSUSD masih lagi dalam tekanan jualan dalam dagangan yang kuat
“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”
Wallahualam
COMMENTS