Australasia : Aussie Atau Kiwi?

Australasia : Aussie Atau Kiwi?

Minit mesyuarat RBA untuk bulan September pagi tadi menyaksikan tiada perubahan pada kadar faedah iaitu kekal pada 1.5%, setelah pemotongan dibuat pad

Minit mesyuarat RBA untuk bulan September pagi tadi menyaksikan tiada perubahan pada kadar faedah iaitu kekal pada 1.5%, setelah pemotongan dibuat pada mesyuarat pada bulan Mei dan Ogos tahun ini. Antara perkara yang menarik diutarakan dalam mesyuarat kali ini adalah bagaimana RBA melihat kekuatan AUD akan sedikit meyukarkan ekonomi mereka. Ini mungkin kerana faktor-faktor seperti perubahan kadar pengangguran yang kurang meyakinkan, kadar perbelanjaan isi rumah yang rendah mungkin mengambil masa untuk dicapai, pasaran perumahan yang lemah dan pertumbuhan yang semakin suram di China. Saat artikel ini ditulis, harga semasa AUD/NZD berada di paras 1.03000.

GDT (Global Dairy Trade) Price Index data akan dikeluarkan pada petang ini, salah satu indikasi terpenting kepada ekonomi New Zealand sebagai negara pengeluar tenusu terbesar di dunia. Ekonomi New Zealand merekodkan pertumbuhan sebanyak 3.6% didorong oleh meningkatan dalam sektor pembinaan dan pengeluaran – Salah satunya adalah pengeluaran tepung susu penuh. Di atas kertas, Kiwi tampak lebih kuat berbanding Aussie namun kebolehan untuk melonjak lebih tinggi agak terbatas pada pendapat saya.

RBNZ dijangka akan melakukan satu potongan kadar faedah pada hujung tahun ini, sementara itu kemungkinan untuk RBA untuk melakukan perkara yang sama adalah sekitar 26% sahaja. Sekiranya kedua-dua situasi ini berlaku, ia sepatutnya membawa Aussie-Kiwi terbang lebih tinggi. Namun dalam jangka masa pendek, ketidakpastian pada situasi ini akan membuka semula pada kemungkinan berlakunya “PARITY”. Sentimen bercakap-cakap tentang bagaimana Aussie-Kiwi sekarang berada di paras terlalu rendah dan ini adalah masanya untuk berlakunya ‘reversal’, pelabur-pelabur sedang mula untuk mengumpul pembelian Aussie.

Secara peribadi, saya melihat analisa saya lebih ‘bias’ ke arah ‘bullish’ untuk AUD dalam jangka masa pendek-sederhana. Bergantung hanya kepada sentimen berasaskan data fundamental mungkin tidak cukup untuk trade idea pair ini, lantas memerlukan analisa teknikal untuk menentukan paras harga terbaik untuk memulakan pembelian.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: