XM-IB-Event-1

XM Kembali dengan Majlis Karpet Merah Berprestij untuk Merayakan Kejayaan danKesetiaan Rakan Niaganya!

XM, peneraju dalam industri dagangan atas talian selama lebih daripada 12 tahun telah
menganjurkan XM VIP Appreciation Dinner yang mewah pada bulan Mei yang lalu untuk
menghargai usaha gigih rakan niaganya. Makan malam ini telah menyatukan rakan niaga
VIP dari Malaysia, Brunei, dan Singapura.

Majlis itu tidak kurang hebatnya dengan hidangan istimewa yang telah dipilih khas untuk
menjamu selera.

Kesemua rakan niaga turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti yang menarik seperti cabutan bertuah, di mana peserta berpeluang memenangi hadiah menarik yang boleh menggembirakan dan mengujakan hati mereka.

Untuk menyemarakkan lagi detik-detik gembira, malam itu turut disertai persembahan istimewa oleh Noryn Aziz, yang memukau penonton dan menambahkan sentuhan kemewahan majlis tersebut.

XM VIP Appreciation Dinner 2024 telah mencapai kejayaan yang gemilang, menunjukkan komitmen XM terhadap rakan niaga dan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada semua yang hadir.

Mari sertai program Rakan Niaga Terbaik dan saksikan bagaimana XM mengambil peranan memimpin dan menghargai segala usaha gigih rakan niaga mereka.

Daftar sebagai Rakan Niaga XM sekarang dan mari kita bersama-sama menuju ke arah masa depan yang lebih baik bersama XM!

DAFTAR DI SINI

BACA LEBIH LANJUT

TONTON VIDEO PENUH DI SINI

#XM #ExecutionMatters #ChooseXM #LeadingTheWay #XMVIPAppreciationDinner

1200 x 675 (MY) Manny Pacman - June 2024_6

XM Berganding Bahu dengan Legenda Tinju, Manny Pacquiao

Broker terkemuka, XM, dan legenda tinju, Manny Pacquiao, telah mengumumkan kolaborasi yang memberi tumpuan untuk menyediakan pendidikan kewangan percuma kepada masyarakat di Filipina, Malaysia dan seluruh dunia. Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting bagi XM untuk menginspirasikan pedagang seluruh dunia bersama petinju legenda ini. 

Dengan kerjaya yang gemilang selama lebih dari dua dekad, Manny Pacquiao telah menjadi sumber inspirasi bagi jutaan orang di seluruh dunia dengan pencapaiannya yang luar biasa. Keputusan XM untuk menjadi penaja Manny Pacquiao adalah sejajar dengan komitmen syarikat untuk kecemerlangan dan pertumbuhan berterusan. Bersama-sama, XM dan Manny Pacquiao berkongsi visi untuk memperkasakan individu untuk mencapai kegemilangan dan menggali potensi penuh mereka.

Selain membawa inspirasi melalui kerjasama dengan Manny Pacquiao, XM turut menekankan komitmen untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Dengan pengalaman lebih dari 13 tahun dan lebih dari 10 juta pelanggan di seluruh dunia, XM terus mengekalkan reputasi sebagai broker yang dipercayai dan diiktiraf dalam industri ini.

XM juga komited untuk membekalkan ilmu dagangan secara percuma kepada para pelanggannya seperti ruang e-Pendidikan, Idea Dagangan, Rumusan Pasaran, Analisis Terkini, Kalendar Ekonomi dan banyak lagi bagi membantu para pedagang meningkatkan potensi dagangan mereka. 

Dengan penajaan ini, XM berharap dapat memberikan manfaat kepada lebih banyak orang di seluruh dunia melalui pendidikan kewangan dan peluang perdagangan.

Ayulah Mulakan Perjalanan Dagangan Anda dengan Yakin Bersama XM 

#XM #XMMalaysia #MannyPacquiao #XMRiseToGreatness