Awal Tahun 2019 Permulaan Terbaik Untuk Hentikan Pembelian Dollar?

Awal Tahun 2019 Permulaan Terbaik Untuk Hentikan Pembelian Dollar?

Tahun 2018 menjadi tahun paling berfenomena kepada dollar. Indeks USD mengekalkan peningkatan hampir 5% sepanjang tahun ini dan telah naik 9% daripada

Tahun 2018 menjadi tahun paling berfenomena kepada dollar. Indeks USD mengekalkan peningkatan hampir 5% sepanjang tahun ini dan telah naik 9% daripada paras terendah yang dicatat bulan Februari lalu.

Matawang pasaran negara-negara membangun pula berhadapan kemerosotan yang teruk dengan pengukuhan dollar dengan Aussie kehilangan 9.5% daripada nilainya.

Namun sejak dua bulan yang lepas, tiada lagi momentum bullish yang yang dapat membantu USD untuk terus maju kehadapan.

Malah, gelombang penjualan yang baru telah mengubah arah pergerakan dollar untuk jatuh berbanding matawang-matawang utama dunia yang lain seperti yen, pound dan euro.

Esok bakal bermula hari pertama bagi tahun 2019 dan isu yang menjadi persoalan apakah greenback akan menutup kesemua peningkatan yang diperoleh pada tahun 2018?

Antara faktor yang akan menekan pertumbuhan AS pada tahun 2019 adalah naik turun harga yang tinggi, saham semakin menurun, kos pinjaman dan kredit semakin meningkat, sektor perumahan bergerak lebih perlahan dan pertumbuhan pendapatan semakin lemah.

Walaupun kemunculan trend di atas masih baru, namun berpotensi menekan pertumbuhan pada tahun-tahun mendatang.

Peningkatan kos pinjaman merupakan masalah terbesar kerena ianya akan menaikkan kos hutang perkhidmatan bagi para peniaga ketika nilai saham sedang menyusut.

Kesannya adalah para peniaga perlu mengurangkan pengambilan pekerja dan pelaburan dan dalam keadaan perlaksanaan tarif sepanjang tahun 2018 telah memaksa pengguna China mengurangkan perbelanjaan mereka, kesemua perkara akan menambahkan tekanan kepada peniaga AS.

AS akan terus berhadapan dengan cabaran yang hebat dari sudut ekonomi dan politik pada tahun 2019 berikutan ransangan daripada pemotongan cukai semakin berkurang, ekonomi semakin lemah, saham menysut, kadar faedah meningkat dan berlakunya perpecahan di kongres.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback kini berada di paras 96.20 mata setakat jam 10 malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: