Bacaan Inflasi Zon Eropah Lebih Rendah, EUR/USD Jatuh Tersungkur

Bacaan Inflasi Zon Eropah Lebih Rendah, EUR/USD Jatuh Tersungkur

Eurostat melaporkan penyusutan bacaan indeks harga pengguna (CPI) Zon Eropah bagi bulan November di paras 1.5%, lebih rendah ramalan. Inflasi teras CP

Eurostat melaporkan penyusutan bacaan indeks harga pengguna (CPI) Zon Eropah bagi bulan November di paras 1.5%, lebih rendah ramalan. Inflasi teras CPI pula naik 0.9%, juga kurang 0.1% daripada jangkaan yang melihat peningkatan 1.0%

Selain itu, kadar pengangguran kekal di paras 8.9%. Sebelum data dikeluarkan, EUR/USD didagang sekitar paras 1.1860, kemudian jatuh ke paras terendah 1.8010. Pada jam 7.00 petang, harga berada di paras 1.1830.

Pengukuhan dolar antara yang menekan sentimen matawang lain. Kekuatan greenback didorong oleh pandangan Yellen yang lebih optimis, peningkatan GDP pada suku tahun ketiga dan harapan pemotongan cukai AS bakal diluluskan di dewan senat (baca di sini).

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain naik 0.13% kepada 93.34

Fokus kini beralih kepada data-data makro AS malam ini terutamanya laporan Indeks Harga Perbelanjaan Peribadi (PCE), antara bacaan yang digunakan Fed untuk mengukur inflasi. Jika bacaan selari dengan jangkaan akan terus memberi kekuatan kepada dolar sepanjang hari Khamis.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: