Bacaan Sentimen ZEW Jerman Penentu Pergerakan EUR Hari Ini

Bacaan Sentimen ZEW Jerman Penentu Pergerakan EUR Hari Ini

EUR/USD didagang dengan volume yang kecil, bergerak naik turun sekitar 10 pip pada sesi dagangan Asia hari Selasa. Federal Reserve dijangka akan me

EUR/USD didagang dengan volume yang kecil, bergerak naik turun sekitar 10 pip pada sesi dagangan Asia hari Selasa.

Federal Reserve dijangka akan menaikkan kadar faedah buat kali keenam pada bulan ini sejak Disember 2015. Pasaran secara keseluruhan meletakkan harga kepada peningkatan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.75%.

Walau bagaimanapun, pengukuhan USD terhalang berikutan para pelabur masih bimbang dengan potensi perang perdagangan yang besar antara AS dan China selepas Trump perkenalkan tarif cukai ke atas barangan import China.

Selain itu, tekanan juga dihadapi antara AS dan Eropah selepas Trump mengumumkan tarif keatas import keluli dan alumunium juga berada di tahap yang membimbangkan. Tarif tersebut akan berkuatkuasa pada hari Jumaat, 23 Mac. Sementara tarif yang mensasarkan pasaran China secara khusus dijangka akan diumumkan pada hari yang sama.

Sebelum Fed mengumumkan penetapan kadar faedah yang baru pada awal pagi Khamis, para pelabur akan memberi tumpuan kepada tinjuan ZEW Jerman yang dikeluarkan pada jam 6.00 petang.

Aktiviti ekonomi EU secara keseluruhannya bergerak semakin perlahan pada suku tahun pertama 2018 dan angka ini dijangka akan dicerminkan ke dalam tinjuan keadaan semasa ZEW bagi bulan Mac. Bacaan dijangka menyusut kepada 90.0 berbanding 92.3 pada bulan sebelumnya.

Indeks Sentimen Ekonomi Zew bagi bulan Mac juga diramalkan susut kepada 13.0 berbanding 17.8 pada bacaan bulan lepas.

EUR/USD kini didagang pada $1.2340, naik 0.03%. Paras support intraday yang boleh ditanda adalah sekitar harga 1.2325, dan sekiranya berjaya ditembusi harga dijangka bergerak kepada paras terendah mingguan 1.2260.

Paras resistance berdekatan adalah pada harga 1.2360, kemudian ke paras rintangan tertinggi bulan Mac, 1.2445

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: 0