Badan Penasihat OPEC Jangka SPR Akan Kembangkan Lebihan Minyak Pada Q1

Badan Penasihat OPEC Jangka SPR Akan Kembangkan Lebihan Minyak Pada Q1

Badan penasihat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menjangkakan pelepasan simpanan minyak strategik (SPR) oleh Amerika Syarikat da

Badan penasihat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menjangkakan pelepasan simpanan minyak strategik (SPR) oleh Amerika Syarikat dan negara pengguna lain akan mengembangkan unjuran lebihan minyak global awal tahun depan, lapor Bloomberg semalam, memetik dokumen yang tidak dikenal pasti.

Bloomberg juga melaporkan bahawa Lembaga Suruhanjaya Ekonomi OPEC mengunjurkan lebihan dalam pasaran minyak mentah dunia akan meningkat sebanyak 1.1 juta tong sehari kepada 2.3 juta tong sehari pada Januari.

Manakala pada bulan Februari, lebihan minyak akan naik sebanyak 3.7 juta tong sehari jika negara-negara pengguna melaksanakan pelepasan rizab strategik minyak yang dijanjikan mereka pada bulan-bulan tersebut.

Amerika Syarikat pada Selasa berkata bahawa mereka mampu untuk mengeluarkan sehingga 50 juta tong minyak dari rizab strategiknya, selaras dengan pengeluaran kecil daripada China, India, Korea Selatan, Jepun dan UK.

Keputusan itu dibuat bagi meredakan kenaikan harga minyak setelah OPEC+ mengabaikan gesaan untuk menambah output minyak mereka.

Beberapa perwakilan dari OPEC dan rakan kongsinya telah menyatakan mereka boleh membatalkan kenaikan pengeluaran yang dijadualkan pada Januari jika inventori yang digunakan oleh Amerika Syarikat dan yang lain mengatasi pasaran, kata Bloomberg.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: