Bagaimana Bullish GBP/USD Dapat Dipertahankan?

Bagaimana Bullish GBP/USD Dapat Dipertahankan?

Momentum bullish GBP/USD yang dipandu oleh data positif PMI Perkhimdatan UK semakin terhad apabila harga kembali turun  daripada paras tertinggi mingg

Momentum bullish GBP/USD yang dipandu oleh data positif PMI Perkhimdatan UK semakin terhad apabila harga kembali turun  daripada paras tertinggi mingguan.

Pasangan matawang tersebut kini didagang pada harga 1.3210, naik 0.10% setakat jam 8.50 malam.

Pengukuhan pound didorong oleh bacaan indeks PMI Perkhidmatan UK yang naik melebihi ramalan, meningkatkan prospek rate hike BoE pada bulan Ogos dan mengangkat GBP/USD naik ke paras 1.3224

Lonjakan pound walau bagaimanapun terhalang berikutan masih diselubungi isu berkaitan rundingan Brexit dan permintaan USD yang kembali meningkat.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawan kembali pulih daripada paras terendah mingguan, naik 0.06% kepada 94.38 mata.

1.3200 menjadi paras yang perlu dipertahankan oleh ‘bull trader’. Minit mesyuarat FOMC dan juga data NFP yang akan dikeluarkan pada hari Jumaat dilihat akan menjadi faktor utama yang membantu menentukan ‘price action’ seterusnya.

Harga 1.3170 kini menjadi support terhampir dan jika berjaya ditembusi, GBP/USD dijangka akan turun ke paras 1.3110.

Gelombang pembelian yang baru pula mampu mengangkat GBP/USD naik ke paras 1.3275 dan ke garisan halangan 1.3300.

COMMENTS

WORDPRESS: 1
DISQUS: